9

126 16 0
                                    

"Okay kelas. Jangan lupa siapkan tugasan yang saya beri tadi. Esok boleh submit pada saya tugasan untuk harini," cikgu mata pelajaran sains itu sempat meninggalkan pesan kepada pelajar-pelajarnya sebelum meninggalkan kelas.

"Baik, saem!"

Jia dan Yerin menutup buku setelah cikgu keluar. Fuh, rasa macam baru boleh dapat udara segar. Masing-masing yang berada di dalam kelas itu mula pergi ke tempat kawan mereka untuk 'membawang' tidak terkecuali Yerin yang sudah sedia memusingkan badannya menghadap ke belakang. Tetapi tidak bagi Lee Jia. Dia terus melentokkan kepalanya di meja.

"Yah, Lee Jia. Bangunlah, pusing belakang. Kejap lagi cikgu tak masuk sampai rehat. Katanya, ada meeting," Sunwoo yang berada di belakang Jia menyepak kerusi Jia dengan kuat.

"Ish, Kimsun! Janganlah kacau. Aku ngantuklah gila," meskipun memarahi Sunwoo dia tetap tidak mengangkat kepalanya.

"Ah biarlah dia tu, Kimsun. Nah, tadi aku sempat mencuri dekat kedai sebelum sampai sekolah tadi," Yerin memberikan lollipop Chupa-Chups kepada Eric dan Sunwoo.

Sunwoo menerima lollipop itu dengan senyuman manis secara diam tanpa disedari oleh Eric dan Yerin.

"Oh, patutlah kau datang lambat tadi, pergi merompak dulu rupanya. Boeklah kau Yerin. Kau rompak sambil mengingati member kau," Eric memberikan thumbs-up kepada Yerin. Yerin menayang wajah bangga.

"Kau macam tahu-tahu je flavour kegemaran aku. Tabiklah!" Sunwoo memberikan gaya respect kepada Yerin. Itulah rupanya punca dia senyum kambing seorang diri.

"Well, Hae Yerin kan. Mestilah tahu apa yang disukai rakan-rakan kesayangannya," lagi sekali Yerin berlagak. Eceh.

Sunwoo terkedu apabila Yerin menyebut ayat 'kesayangannya' tapi dia tidak mendengar perkataan rakan-rakan. Entah kenapa jantungnya berdetak laju. Sepertinya dia sedang berdebar. Tapi kenapa?

"Kimsun? Kau okay?" Yerin yang perasan akan perubahan muka Sunwoo bertanya prihatin. Manalah tahu, lollipop itu rasa lain macam ke?

Pertanyaan dari Yerin membuatkan Sunwoo shy-shy cat. Kedua-dua cuping telinganya merah. Jelas menunjukkan yang dia sedang malu. Yang asalnya cuaca berangin menjadi panas.

"Kim Sunwoo! What's wrong with you?" Sunwoo memarahi diri sendirinya dalam hati. Mata cantik bundar milik Yerin masih setia memandang Sunwoo dengan penuh prihatin dan bersalah?

"Lollipop tu dah rasa lain ke, Kimsun? Kalau tak sedap meh lah sini, tukar dengan aku," Yerin menarik tangan Sunwoo untuk mengambil Lollipop yang berada di genggaman Sunwoo yang sudah terbuka pembalutnya.

Makin membahang panas muka Sunwoo apabila tangannya di sentuh oleh Yerin. Pantas, dia menarik tangannya semula. Deheman kecil dari Sunwoo untuk mengawal dirinya.

"Eh, tak. Sedap. Thank you!" Sunwoo cuba mengawal riak mukanya sekali lagi. Tangan yang dipegang Yerin tadi di masukkan ke dalan kocek seluar.

"Eh, dah lama kan tak nampak Il Nam sunbae. Kalau tak, ada je nak kacau Jia. Tapi ni dah 3 hari tak nampak dia cari pasal dengan Jia,"

Eric yang merasakan suasana janggal antara mereka tadi, mula menukar topik. Yerin mengangguk setuju. Betul juga apa yang dikatakan Eric tu.

Selepas kejadian haritu, ada jugak muka bengis dia mengacau Jia di kantin. Tanpa sedar, sudah tiga hari mereka tidak nampak Il Nam.

"Korang rasa kan, apa pulak plan dia lepas ni?" Yerin bertanya kepada mereka berdua yang khusyuk makan lollipop.

"Aku rasa--" baru sahaja Eric nak memulakan ayatnya, seorang pelajar senior memasuki kelas mereka secara tiba-tiba dengan kasar. Terkejut semua pelajar di dalam kelas itu.

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now