🎃 17 (S2) 🎃

287 50 8
                                    

author pov

"Jungkook, tengok ni." Jin membuat isyarat 'sini sini' kepada Jungkook yang sedang bersihkan habuk dimeja.

"apa dia?" soal Jungkook dengan mata bulat bulat.

"tuxedo ni. berapa lama kita tak pakai? berhabuk naw sekarang." kata Jin tergelak kecil lalu menumbuk bahu Jungkook.

"eh haah la. hantar bobi lah."

"bobi sapa babun. DOBI LAH." tak pasal pasal kepala Jungkook kena tepuk dengan Jin akibat bangang sangat.

bulu ayam ditangan Jungkook dijadikan perisai. dicucuknya perut Jin dengan hujung bulu ayam tu.

melompat orang tua tu dibuatnya.

oh ye hari ni mereka berdua buat operasi membersihkan rumah agam yang dah berapa tahun tak dikemas.

habuk dia ko jangan cakap la. kalau melekat kat hidung kau, tak bernafas terus barangkali.

Jin perhati Jungkook menghilangkan tujuh pasang tuxedo dari dalam almari dihadapannya.

"kau bawa gi mana?" tanya Jin sambil jengah jengah kedalam almari.

"mesin basuh dobi." balas Jungkook dengan senyum geniusnya.

sementara didobi. salah satu mesin basuh hidup sendiri dan pakcik yang duduk situ yang barangkali sedang menunggu spendernya siap dibasuh terus tersentak.

surat khabar yang tak habis baca lagi diletak ketepi. dia melihat dari pintu mesin basuh dengan perlahan.

"ARGHHHH HANTU"

"PFTTT mesti orang takut." Jin menyiku nyiku Jungkook dengan tawa lap tingkapnya.

dia berjalan meninggalkan Jungkook yang masih tak habis pikir pasal apa yang dia buat tadi.

sedang Jin berjalan kesana kesini, dia ternampak Jimin dari tingkap bilik.

"oy jeman, kau buat apa tu? masuklah bersihkan tingkap." laung Jin dari tingkap bilik.

"jolok buah pelam, hyung. bini mengidam." jawab Jimin yang sedang leka menjolok buah pelam.

gedebak gedebuk buah pelam jatuh ketanah.

"KAU MANA ADA BINI BANGANG. CEPAT MASUK BERSIHKAN TINGKAP."

Jimin mencebik dan menghentak kaki. galah ditangannya dilempar begitu sahaja. menangis galah tu jadinya.

"sikit sikit suruh aku. dia tak tahu ke aku allergic dengan habuk. apalagi dengan membe toxic, boleh membawa maut." mulut Jimin tak henti henti mengomel. termuncung muncung aku tengok.

sampai Namjoon pun terdengar. dia berhenti dari menyiram pokok yang dah nak mati tepi rumah lalu menyapa Jimin.

"hoi" tegur Namjoon.

elok betul cara tegur tu. macam mintak kena pijak berjemaah.

"ni pun sama. mesti nak tanya kenapa aku mengomel." jeling Jimin.

Namjoon yang sedar Jimin jeling dia macam nak telan terus bercekak pinggang.

"hamboi jeling aku pulak. cuba kau pilih, bersihkan tingkap atau siram pokok bunga?"

"siram pokok bunga."

terperanjat bukan kepalang Namjoon mendengarkan jawapan Jimin.

"jarang kau nak pilih ni. nah ambik air ni pastu kau siram pokok bunga keliling rumah ni."

membulat mata Jimin dengar arahan Namjoon.

dia rasa dia salah pilih ni.

"keliling rumah?! siapa tanam pokok ni ha, banyak nak mampos. baik beli kebun." Jimin dah mula menyoalkan pekerjaannya.

7 vampire  S1 + S2 ➳ BTS (end)Where stories live. Discover now