- E N A M T U J U H -

1.2K 197 143
                                    

➹You and I hold each other➹

🌸 🌸 🌸

Haechan pov (sambungan)

Disebabkan tempat duduk Haera di belakang sekali hasil cikgu tukar tempat. Dia bertukar menjadi seorang pendiam bila dia keseorangan.

Macam first impression aku dekat dia masa mula-mula jumpa dia. Aku ingat dia pendiam. Tapi dalam kelas rupanya dia bising.

Bising bising dia pun sebab ada kawan-kawan. Aku tak pernah tengok Haera sependiam macam ni. Ni pertama kali aku tengok dia diam.

Kita flashback sikit.

Aku mengambil kotak pensel aku dan juga buku aku dan mengambil tempat duduk Eunra. Iaitu di sebelah Haera.

Masa tu masa korean literature. Kelas tu agak relax sikit jadi senang aku nak teman Haera. Haera melihat aku dan tersenyum.

"kesian aku tengok kau lonely" kata aku. Sebenarnya memang betul walaupun nada aku seperti sedang melawak.

Dia ketawa kecil dan kemudian kembali diam. Selalunya dia paling banyak mulut bila dengan aku.

"kau dapat berapa exam haritu untuk subjek ni?" tanya aku bagi hilang rasa sunyi.

"aku? Oh aku kureng la subjek ni. 40 lebih je, aku tak minat sangat" kata Haera.

Sumpah aku cakap. Harini saja dah hampir 10 kali aku tengok Haera menguap. Padahal baru pukul 9 pagi. Dah 2 kali aku tengok dia tidur harini.

Gamaknya dia bosan sangat. Kadang-kadang bila rehat pun kawan-kawan dia tak masuk kelas. Dia pulak tak pergi keluar rehat, tidur je masa rehat.

Taktau sama ada kawan-kawan dia memang jawab periksa sampai rehat ataupun malas masuk kelas. Ada satu hari diorang dah habis exam.

Tapi tak masuk kelas akhir sebab malas, jadi Haera keseorangan sampai balik.

"kau asyik menguap je aku tengok" kata aku. Haera ketawa kecil lagi.

"aku ngantuk, tidur lewat semalam pukul 4 pagi" kata Haera.

"kau buat apa?"

"oh vc dengan Renjun" kata Haera. Aku mengangguk perlahan dan mengalih ke tempat lain.

Vc? Voice call? Dengan Renjun? Sampai pukul 4? Fuh sabar Haechan, jangan cemburu. Kau dahla kuat cemburu. Mark rapat dengan orang lain pun kau macam nak makan orang tu.

Apatah lagi Haera.

" jap gi rehat diorang datang sini?"

"emm tak kot, banyak exam yang diaorang ambik harini. Lonely lagi kot"

"nak aku beli makanan kat kau? Cakap je, bagi duit nanti aku belikan"

"takpe aku bawak bekal" kata Haera.

- rehat -

Aku masuk ke dalam kelas selepas selesai membeli makanan dengan dreamies. Terlihat Haera yang sedang meletakkan kepala di atas meja.

Tidur lagi ke dia ni? Kata bawak bekal? Dah makan ke belum? Budak perempuan yang lain dalam kelas ni pun tak berguna. Bukannya nak teman si Haera.

"Haera?" panggil Renjun dengan lembut. Egh.

Haera mengangkat kepalanya. Lahh tidur.

"kau dah makan ke?" tanya Jisung pula. Haera hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

[C] Childhood Friend | HaechanWhere stories live. Discover now