Chapter 14

61 16 7
                                    

"Jawab soalan beta! macam mana seorang musuh boleh masuk ke dalam istana?!", suaranya bergema di seluruh biliknya yang luas itu.

Kelima-lima Panglima,Ketua tentera serta menteri keselamatan hanya menundukkan kepala.Senyap.

"Tuanku..mungkin kerana ada pembelot yang telah membantu musuh kita", jawab menteri keselamatan setelah beberapa minit berfikir.

"Kau mengesyaki siapa?"

"Gadis tu mempunyai hubungan istimewa dengan Seokjin...mereka berdua bercinta,Tuanku..mustahil Seokjin tidak mengetahui apa-apa tentang rancangan gadis tu", menteri lalu memandang ke arah Seokjin.

"kecuali....dia sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan kita kerana dia juga adalah seorang pembelot!", sambungnya lagi.

"Tuanku! percayalah..patik seorang yang setia..patik sungguh tidak mengetahui apa-apa tentang rancangan gadis tu!", Seokjin berlutut di hadapan kaki Raja.Menagih kepercayaan Raja untuk dirinya.

"Tuanku! selepas peperangan menentang Jepun, Seokjin lah yang telah membawa gadis itu masuk ke istana dengan alasan gadis itu adalah satu-satunya insan yang terselamat dalam kebakaran sebuah perkampungan berhampiran tempat perang...kami semua tidak dapat mengelak daripada mengesyaki Seokjin,Tuanku", kali ini panglima pertama pula bersuara.

Mendengarkan penjelasan itu, Raja terus menendang Seokjin yang masih lagi tetap dalam keadaan berlutut.

"Kau sepatutnya tahu bahawa tidak ada sesiapa yang terselamat daripada kebakaran tu! kau sememangnya pembelot!", Raja menghunuskan pedang lalu mengarahkannya ke wajah Seokjin.

"Beta tidak sepatutnya percaya..kau sama sahaja seperti ayahmu..pembelot! pengkhianat! langsung tidak boleh dipercayai!", katanya lagi.

Seokjin terkilan.Pantang sekali dia mendengar ayahnya dihina.Dia tahu bahawa ayahnya seorang yang sangat setia.Kesetiaannya sangat kukuh sehinggakan dia pernah menasihati anaknya sendiri untuk tetap setia kepada Raja.Walaupun Raja itulah penyebab kepada kematiannya.

"Jangan Tuanku meragui kesetiaan patik dan ayah patik! Tuanku boleh bunuh atau hukum patik semahunya tetapi jangan...jangan sesekali meragui kesetiaan patik!", balas Seokjin dengan nada yang lantang sambil matanya memandang Raja dengan tajam sekali.

Raja akhirnya menyimpan pedangnya ke dalam sarung pedangnya semula.

"Baiklah kalau begitu..tetapi beta tetap akan menghukum kau", dia kembali ke tempat duduknya.

"Selepas 2 hari lagi,gadis itu akan beta jatuhkan hukuman mati...tetapi bagaimana cara dia mati, itu kau yang akan tentukan dan kau yang akan laksanakan hukuman tersebut dengan tangan kau sendiri...ini lah hukuman kau", sambung Raja sambil tersenyum memandang Seokjin.

Tidak ada sesiapa pun yang pasti hukuman yang mana lebih kejam dan menyakitkan.

Hukuman yang diberikan oleh Raja itu sama seperti membunuh seseorang yang amat disayangi secara terpaksa.Patutkah dia digelar sebagai seorang manusia setelah melakukan hal sedemikian?

Seokjin sendiri merasakan jiwanya telah terseksa sebelum melakukan hukuman itu.Bagaimana dia boleh teruskan hidup secara normal tanpa mengingati peristiwa itu selepas ini?

~*~*~

"Teruk sangat ke luka dia tu, Heojun-shii?", soal Taehyung risau.

"Nasib baiklah luka tu tak dalam sangat..kalau dirawat, nanti sembuh lah..tak perlu risau sangat", balas Heojun dengan yakin dan tenang sambil membalut luka akibat tusukan pisau di bahu kiri Yoongi.

"Arghhh! aduh! sakit!", jerit Yoongi melebih-lebih.

"Itu je kot..tak payah lah nak menjerit macam perempuan", kata Taehyung lalu memukul perlahan dada Yoongi.

[C]The Masked PrinceWhere stories live. Discover now