Bab 5

344 37 7
                                    

Tengah hari telah menjengah. Shin Ah masih lagi berada di pondok perhentian bas. Dia sedang tidur dalam keletihan di atas bangku di pondok itu. Pada masa itu juga seorang wanita berumur 50an ternampak Shin Ah. Dia menyuruh pemandu peribadinya untuk memberhentikan kereta. Buat seketika dia memerhatikan gadis itu sebelum dia keluar dan mendekati Shin Ah.

"'Nak,bangun. Kenapa tidur di sini?"

Wanita tua itu membangunkan Shin Ah dengan lembut. Kemudian,Shin Ah tersedar.

"Ma-maaf...saya lelah sedikit. Maaf sebab tidur di sini. Maafkan saya"

Shin Ah menunduk hormat berkali-kali dalam mamai sebelum beredar meninggalkan wanita itu. Namun akibat keletihan melampau,Shin Ah pengsan.

"Omo! Nak!"

Wanita itu berlari anak ke arah Shin Ah. Dia menjerit meminta pemandu peribadinya untuk datang kepadanya. Wanita itu menyuruhnya mengangkat Shin Ah masuk ke dalam kereta untuk membawanya ke hospital.

________

Hanya Seonghwa,Yunho dan Yeosang yang berada di asrama. Pada masa itu,Seonghwa memberikan susu botol kepada Hyun Soo. Yunho dan Yeosang pula bermain dengan bayi itu.

Yang lain mengikut Hongjoong ke studio untuk rakaman suara. Memandangkan Hyun Soo ada jadi Hongjoong meminta mereka bertiga yang jaga bayi itu. Mereka akan ada untuk rakaman suara itu pada esok hari.

Hyun Soo telah habis minum susu. Seonghwa memterbalikkan posisi Hyun Soo dan menepuk belakang si kecil itu dengan perlahan.

"Kenapa hyung nak buat macam tu?" Tanya Yunho hairan

"Kalau nak bagi bayi sendawa kita buatlah macam ni" terang Seonghwa

"Ouhhhh macam tu" - YunSang

Selepas beberapa kali ditepuk,Hyun Soo sendawa. Seonghwa,Yunho dan Yeosang tergelak.

"Comellllll" - YunSang

Tidak lama kemudian,Hyun Soo menangis.

"Alamak hyung. Kenapa Hyun Soo nangis ni??"
Soal Yunho. Dia memandang ke arah Yeosang.

"Kau tanya aku manalah aku tahu" ujar Yeosang.

"Tidur dah. Makan dah" kata Seonghwa sambil mendodoikan Hyun Soo

"Cuba hyung bau di lampin dia" kata Yeosang. Seonghwa berbuat sedemikian dan dahinya berkerut.

"Dia membuang rupanya"

Yunho dan Yeosang tergelak besar melihat ekspresi Seonghwa. Siap bertepuk tangan lagi.

"Dah agak dah. Jadi,eomma dia ada ke bagi lampin baru?" Tanya Yeosang.

Yunho bangun dan berjalan ke arah meja yang meletakkan bagasi bayi itu. Dia menemui satu lampin.

"Hyung. Ada satu saja. Mana cukup ni"

"Tak apa-tak apa. Nanti kita beli yang baru. Mari sini lampin tu"

Yunho berjalan ke arah Seonghwa dan memberikannya lampin itu.

"Yeo,boleh tolong bilaskan besen dalam bilik air tu? Letak sabun bayi dengan air dalam besen tu juga. Hyung nak mandikan dia"

"Boleh hyung"

Yeosang melangkah ke bilik dan dia buat seperti apa yang disuruh oleh Seonghwa.

"Wahh eomma nak mandikan adik kita,Yeo" usik Yunho. Yeosang mengangguk setuju.

"Korang ni ada-ada jelah"

YunSang terkekeh. Mereka diam melihat Seonghwa yang mula untuk memandikan Hyun Soo.

"Boleh aku tanya? Mana hyung tahu semua ni?" Tanya Yunho.

"Eomma hyung bagitahu. Dia nak hyung tahu. Nah,kau pergi buang dalam tong sampah"

Seonghwa memberikan lampin yang telah dipakai kepada Yunho lalu pemuda itu berjalan ke arah dapur.

Yeosang seperti kagum semasa melihat Seonghwa yang sedang memandikan Hyun Soo. Memang hyung aku ni serba bolehlah. 

Dari bawah kaki ke sehingga atas kepala,Seonghwa mengalirkan air di atas badan Hyun Soo dengan lemah lembut. Mata bayi itu terbuka seakan sedang memandang Seonghwa. Lelaki itu mengukir senyuman.

"Sabar ya sayang. Suam sikit air ni. Hyung tak nak Hyun Soo sejuk"

"Aduh,hyung. Memang betul macam ibu lah" kata Yunho.

"Yelah,Ho"

Yunho dan Yeosang tersenyum.

"Yeo,kan kita tengah main family role kan?" Soal Yunho. Yeosang mengangguk.

"Jadi,kita sepatutnya panggil Seonghwa hyung eomma lah. Sebab dia ibu"

Pergerakan tangan Seonghwa terhenti.

"Apa dia??" Dia menoleh ke arah dua jejaka tampan itu dengan kening sebelah terangkat.

"Alah bolehlah hyung. Kan kita tengah main ni. Hyung,eomma. Hongjoong hyung,appa. Boleh kan???" Yunho sudah menggunakan puppy eyes untuk memujuk Seonghwa. Yeosang ikut juga.

Seonghwa berfikir seketika.

"Haish,yelah-yelah. Hyung setuju"

"YEAY!" Yunho dan Yeosang bertepuk tangan.

"Suka sangat korang. Yeo,tolong ambil tuala Hyun Soo"

"Okey,eomma!" Yeosang terus melangkah laju dari bilik air. Yunho sudah terkekeh.

"Berapa lama hyung dipanggil eomma?"

Yunho mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tidak lama itu,Yeosang muncul dengan tuala kecil berwarna biru muda. Lalu diberikannya kepada Seonghwa.

"Yeo,eomma tanya berapa lama dia kena dipanggil macam tu?" Tanya Yunho

"Ermmmmm sampai kita jumpa mak dengan ayah betul Hyun Soo"

"Lama lagi lah macam tu" - Seonghwa

"Hyung ni relaks lah. Kan permainan je" - Yunho

"Kami dah pulang!!" - Ateez kecuali SeongHoSang

"Korang!" Yunho dan Yeosang terus berlari ke arah ahli Ateez yang lain. Seonghwa pula sedang membalut Hyun Soo dengan tuala tersebut. Sebelah tangan mendukung bayi itu dan sebelah lagi membuang air dari besen.

"Hwa,aku belikan piza. Nanti kita makan ramai-ramai"

"Wahhhh bagus lah Joong. Aku pun lapar ni"

"Ork,hyung mandikan Hyun Soo?" Tanya Wooyoung. Seonghwa mengangguk.

"Bukan hyung lah. Eomma" kata Yunho. Semua ahli macam, apa dia???

"Eomma? Maksud kau?" - San

"Kan kita tengah main game ni. Jadi kita kenalah panggil Seonghwa hyung eomma dan Hongjoong hyung appa" Terang Yeosang.

Seonghwa dan Hongjoong berpandangan sesama sendiri.

"Oklah kalau macam tu. Hyung terima" kata Hongjoong dengan senang hati. Siap senyum lagi

"Appa!" Semua ahli Ateez kecuali Seonghwa memeluk Hongjoong.

"Eomma tak nak peluk appa ke?" Tanya Hongjoong. Seonghwa tergelak.

"Memandai je kau Joong. Macam mana nak peluk,Hyun Soo ada ni"

Hongjoong juga tergelak.

________

TBC

Oh,baby! [C]Where stories live. Discover now