12 | don't feed your anger

17 6 0
                                    

ㅤDany mendengus geram

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ㅤDany mendengus geram. Matanya tajam menikam Taehyung sementara menghirup air minuman miliknya. Dia sebenarnya masih tidak berpuas hati dengan kejadian tadi, bila Taehyung cuma berdiam dan mengalah bila dibuli demikian rupa di tempat umum. Bukannya dia bermaksud mahukan Taehyung untuk bergaduh atau apa, hanya lakukanlah sesuatu demi mempertahankan maruah diri. Sudah terang lagi bersuluh lelaki rambut biru itu yang bersalah.

Menyedari akan pandangan menuntut Dany, Taehyung tersenyum nipis selepas mencicipi kopi hangat. “Ada apa dengan pandangan itu?”

Dany lantas mencebik dengan tidak percayanya yang lelaki ini masih mampu bertenang setelah dimalukan. “Taehyung dengar ya, kalau awak tak cuba lawan dan pertahankan diri bila berlaku situasi macam tadi, sampai bila-bila awak akan kena buli. At least, awak patut—”

“Patut apa?”

Dany terhenti bersuara bila Taehyung pantas mencelah. Mindanya tiba-tiba bertukar kosong, kerana jawapan yang difikirnya semenjak tadi cuma bergaduh. Dia sedar, pergaduhan tidak dapat menyelesaikan masalah. “Urm, patut— patut buat apa-apa sahajalah yang penting awak kena pertahankan diri.”

“Seperti yang kau lakukan tadi. Begitu maksud kau? Dengan bergaduh? Kau fikir dengan melawan seperti itu masalah akan selesai?”

Benar bukan? Telaan Dany di dalam hatinya tadi, Taehyung pasti akan memberikan jawapan itu. Dany mengunci mulut sambil pandangan dia alihkan ke arah lain, minuman dihirup kasar. Dia tahu, dia bakal kalah dalam debat ini.

“Dany,” Taehyung menyeru nama itu, dan seakan terpanggil Dany terus sahaja menoleh memandang Taehyung. Muka dimasamkan. “Jangan biarkan kemarahan menguasai diri. Kerana di satu tahap bila kau lepaskan amarah itu, bukan cuma kau tetapi orang-orang di sekeliling kau juga akan terluka. Dan yang lebih kau sesalkan bila kau tak mampu untuk putarkan masa semula, bila kau sudah kehilangan segala-galanya.”

Taehyung masih tersenyum, meskipun jelas pada pandangan mata yang senyuman itu sayu. Straw minuman Dany ditarik keluar dari gelas lalu ditalakan di depan muka gadis itu. “Jadi lain kali, kalau kau rasa amarah kau tercabar cari benda untuk kau lepaskan marah itu. Contohnya, straw ini. Perhatikan.”

Secara automatik, mata Dany terarah pada tangan Taehyung yang mula memicit dan membentuk straw itu menjadi berbentuk-bentuk gelombang kecil.

“Don't feed your anger, let it starving.”

FIND YOU ✔Where stories live. Discover now