DR JEON 03

398 58 14
                                    


[ Doctor Jeon | Jjk ]

Aku baringkan tubuh aku di atas katil bedah.

Aku tidak pasti apa yang lelaki itu mahukan daripada aku.

Tapi, yang aku tahu dia telah menipu aku.

Malangnya nasib aku. Kerana mahu dilabel anak berguna oleh keluarga, aku terima offer tanpa usul periksa.

Tak sangka pula, nyawa akan tergadai. Aku perhati tindak tanduknya di samping aku.

Sesekali lelaki itu tanggalkan sarung tangan. Selang seketika, dia sarungkan semula.

Kenapa dengan lelaki ini? Gila kah dia?

Semuanya serba tidak kena. Betul ke lelaki itu seorang doktor? Dari segi kelengkapan yang ada, semuanya lengkap. Tiada kurang.

Tapi, dia seakan akan teragak untuk melaksanakan rencana yang sudah diatur.

Mengapa ya?

"Doktor Jeon?" Aku beranikan diri bersuara.

"Aku perlu selamatkan dia. Selamatkan dia."

+++

Suis on ditekan. Lampu di atas memancar terang sehingga mataku refleks terpejam.

Dia akan jalankan rencananya.

Aku akan mati di sini? Telinga aku sekali lagi menangkap bunyi suis ditekan.

Automatik lampu itu terpadam.

Apa yang lelaki itu mahukan sebenarnya? Dia seolah olah sedang menyeksa mindaku.

Kepala aku sakit. Mental aku terusik dengan kelakuannya yang sering tergendala.

Doktor Jeon berikan tekanan kepada aku. Aku tidak mahu teruskan semua ini. Aku tak setuju untuk menjadi bahan uji kajinya.

Sehinggalah gema esakan menjamu telinga.

Aku kembali mencelikkan mata. Aku lihat susuk tubuh Doktor Jeon melorot ke lantai.

Dia menangis teresak tanpa pedulikan aku.

"Kau memang gila, Doktor Jeon Jungkook."

TBC



[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now