DR JEON 05

355 56 6
                                    


[ Doctor Jeon | Jjk ]

"Usaha kau sia sia, Jungkook. Dia dah mati."

Jungkook mendesis kasar. Kembang kempis hidungnya merengus nafas.

Kemeja putihnya ditanggalkan usai tali yang membelit leher disambar. Tubuhnya sekadar berbalut t shirt berlengan pendek.

Matanya mencerlung wajah Taehyung yang membahang dek marah.

"Kalau kau datang sini sebab nak rosakkan plan aku, baik tak payah Taehyung!"

"Cuba terima kenyataan. Dia dah mati!"

Bidas Taehyung.

Gelakan halus Jungkook pecah. Segala fail yang tersusun rapi di atas meja ditepis kasar sehingga bertaburan ke atas lantai.

Rambutnya diramas resah. Penampilannya tidak lagi kemas rapi. Tapi, tampak serabai.

"Aku dah bunuh dia, Taehyung."

"Tapi, aku tak mahu dia mati di tangan aku."

++++

Pprang!

Aku mengurut leherku yang terasa perit. Dek kesakitan yang mulai mengusik tekak, gelas kaca itu aku lepaskan ke atas lantai.

Nafas aku tersekat sekat. Aku ingin bangkit namun tubuh aku melorot jatuh ke lantai.

Apa yang telah berlaku kepada diri aku?

Tubuh aku terasa hilang imbangan. Sepasang kaki aku kejung dan terasa keras.

Ada cecair mengalir dari mulutku. Mata aku berpinar. Pandanganku kian kabur.

Sehinggalah aku dengar suara gelakan dari ruang tamu. Semakin lama suara itu semakin hampir dengan aku. Semakin kuat terdengar menjamu telinga aku.

"Mati takkan hidup semula. Lupakan dia."

"Kau dah ada boneka baharu."

TBC

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now