DR JEON 07

315 48 7
                                    


[ Doctor Jeon | jjk ]


Aku pasti sudah gila.

Peluang keemasan ini sepatutnya aku guna sebaik mungkin untuk melarikan diri.

Tapi, aku masih berdiri statik di posisi aku. Memandang lurus sekujur tubuh lelaki itu yang terbaring kaku di atas lantai.

"Siapa kau, Jeon Jungkook?"

Karakter lelaki yang aku gelar Doktor Jeon memang merunsingkan minda.

Lelaki bernama Jeon Jungkook itu buat aku tertanya tanya apa identiti sebenarnya.

Apa yang aku pasti, mentalnya tidak sihat.

"Apa salah aku sampai aku terpilih menjadi mangsa kau? Aku perempuan malang."

"Tak memberi keuntungan kepada kau."

+++

Dentingan jam dinding menyedarkan Jeon Jungkook dari lena panjang.

Tepat dua belas jam matanya terlelap. Kini, kantuknya mulai beransur hilang.

Penat yang menghantui tubuh juga lenyap.

Jungkook bangkit dari pembaringan. Setapak demi setapak langkah diatur bagi mencari suis lampu.

Kediaman sepi itu gelap gelita.

Suis lampu ditekan. Sekelip mata ruangan dapur terang benderang.

Bibirnya bersiul kecil. Dari ekor mata, Jeon Jungkook melihat susuk tubuh Min Kyung tersandar di dinding batu.

Matanya rapat terpejam. Sesekali dengkuran halusnya menyapa telinga Jungkook.

"Siapa kata yang kau tak memberi apa apa keuntungan kepada aku?"

"Aku perlukan kau, Cik Min Kyung."

+++

Jungkook melabuhkan sebelah lutut di atas lantai. Sepasang mata kecoklatannya ralit menilik wajah Min Kyung.

Sehinggalah gadis itu mencelikkan matanya.
Dia mahu menjarakkan diri.

Namun, usahanya sia sia sahaja. Tiada ruang untuk dia mengengsot ke belakang.

Min Kyung teguk liur yang mulai pahit. Loya tekaknya semakin parah. Aroma asing yang disedut menyesakkan dada.

Kesakitan di kepalanya kembali menyengat.

"Kau dengar apa yang aku dengar?"

Soalan itu tiba tiba meniti di bibir Jungkook. Min Kyung beranikan diri untuk memberi respons jujur. Dia menggeleng kepala.

Jungkook tersenyum suka. Dia elus rambut panjang Min Kyung.

Sedaya upaya Min Kyung menepis aroma asing yang melekat di tubuh Jungkook.

Aroma yang mengandungi bauan ubat yang mendesak dia untuk memuntahkan isi perut. Dia mengacip rapat dua ulas bibirnya.

Dia mahu menyuarakan sesuatu tapi suara seolah olah tersekat di kerongkong. Air liur yang semakin terasa pahit dia telan paksa.

"Aku dengar bunyi siren kecemasan. Maknanya patient aku perlu siapkan diri."

"Janji temu kita malam esok. Okey, sayang?"

Bibirnya melepas tawa.

Sekilas kucupan dia hadiahkan di dahi gadis itu sebelum kelibatnya beredar.

Min Kyung diam. Dia cukup memahami apa yang dimaksudkan oleh Jungkook. Lelaki itu mahukan sesuatu daripadanya.

Tiada pilihan selain bersetuju.

Lari? Yoon Min Kyung perlu ingat sesuatu.

Bermain dengan Jungkook bukan mudah.

TBC

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now