°CHAP 17°

962 101 29
                                    

I try so hard to love you
like no other people can do
_____________________


              Aku melihat diriku melalui cermin besar yang berada di hadapanku. Wajahku yang telah disolek dengan solekan yang nipis itu dipandang dengan pandangan yang kosong.

            Betul ka apa yang aku buat ni? Aju soalan itu pada dirinya. Hari ini merupakan hari dimana dia akan bergelar seorang isteri kepada lelaki yang entah dari mana.

        Bak kata orang kedah, 'mana-mana mai la!'.

Sambil dia mengelamun di hadapan cermin besar itu, tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara wanita yang cantik berpakaian baju kurung berwarna biru lembut. Cantik sungguh persis bidadari langit.

"Boleh kak Zaskia masuk?", tanya Zaskia yang berada di hadapan pintu.

Suasana di luar agak riuh. Bertambah berdebar hatinya yang sudah berdebar seperti drum.

"Duduklah kakak", kata Melisa dengan senyuman.

Zaskia melabuhkan punggu di sebelah zaskia yang berada di hujung katil. Wajah Melisa ditatap lembut.

"Cantik betul Melisa. Patutlah Qays jatuh cinta. Bukan setakat jatuh cinta, jatuh kerusi pun boleh", seloroh Zaskia menghilangkan rasa debar dalam diri Melisa. Melisa ketawa mendengar gurauan itu.

"Mana adalah kakak ni. Qays tu buta la kalau jatuh cinta kat Melisa. Lagipun Qays dah kata dah kat Melisa, dia kahwin dengan Melisa pun ada sebab tertentu", terang melisa mengubah pemikiran Zaskia.

Dia tidak mahu berharap pada benda yang tak mungkin berlaku. Mana mungkin Qays suka padanya. Awal-awal lagi lelaki tu dah bagi amaran untuk tidak berharap sangat padanya.

Siapalah dia untuk mengatakan tidak. Iya terasa sakit di hatinya. Apa boleh buat. Tibai jelah. Zaskia hanya ketawa.

"Qays-Qays. Haih. Dari dulu lagi tak berubah kan? Lama-lama melisa akan terbiasa dengan Qays. Kami pun terkejut juga malam tu bila dia tiba-tiba cakap nak kahwin. Qays yang hati batu boleh kata kahwin? Wow! We were so surprised!", kata Zaskia sambil membuat reaksi wajah terkejut.

Melisa hanya tersenyum. Dia tidak tahu untuk membalas apa. Zaskia mengusap tangan Melisa lembut. Wajah Zaskia kini sudah berubah mendung.

"Melisa jaga Qays elok-elok ye? Qays dah lalui macam-macam sejak dia kecil lagi. Kalau Melisa nak tahu, Qays dulu bukan macam sekarang. Dia jadi macam ni sebab kisah silam dia yang selalu menghantui dia. Setiap kali Melisa tatap mata dia, Melisa akan rasa satu perasaan yang sangat luar biasa. Seperti kesedihan yang tiada penghujung".

Melisa yang dengar terus terkaku. Kata-kata Zaskia membuatkan hatinya berasa pilu. Pasti Qays sudah lalui bermacam halangan.

Cuma dia belum tahu dengan lebih dalam. Selepas ini dia akan bongkar satu per satu kisah hidup Qays. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Terjengul kepala Alec.

"Lama lagi ke nak bersiap. Cepatlah. Kami semua dah kebas punggung tunggu korang ni!", kata Alec yang sudah berpeluh-peluh dah.

"Awak ni buat teruk la Alec! Dah siap dah! Tunggu dekat luar! Kejap lagi kami keluar", kata Zaskia dengan muncung yang panjang.

Sempat lagi Alec jelirkan lidahnya pada zaskia sebelum dihempasnya pintu kuat-kuat. Dia hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

"Alec ni nak kena tau! Tunggu dia! Are you ready brides to be?", tanya Zaskia sambil menggengam tangan Melisa. Melisa menarik nafas sebelum dihembus perlahan. Dia haru buanga segala sifat negatif dan rasa gelisahnya. "Yes, im ready".

THE HUNTSMAN AMÓREWhere stories live. Discover now