DR JEON 10

246 45 8
                                    


[ Doctor Jeon | jjk ]

"Kau tak ada masa lagi, Jungkook."

Bicara yang berbaur amaran itu dibisikkan di telinga Jungkook.

Jungkook meramas telinganya gelisah.

Tiada sebarang respons yang Taehyung perolehi melainkan bahasa tubuh daripada Jungkook. Dia tidak pasti apa yang Jungkook mahu sampaikan.

"Aku tak boleh lakukannya. Tak boleh."

"Ingat tujuan kau, Jungkook!"

Tengkuk Jungkook disambar. Matanya tajam menikam wajah lelaki yang menggigil ketakutan itu.

Jungkook menggeleng kepala. Desakan Taehyung buatkan dia naik gila.

Lengan Taehyung ditepis kasar. Lelaki itu segera bangkit.

Langkah dituju ke pintu.

"Ini keputusan yang kau pilih. Kau lupa?"

"M-Maafkan saya, Dr. Jeon. Saya...." Senyuman di bibir Taehyung kian mati.

Segera dia menyeluk poket. Jungkook menikus. Dari ekor mata, dia saksikan perbuatan Taehyung.

Sebelum matanya kembali jatuh ke wajah Min Kyung.

"Keluar." Bibirnya berbisik halus. Min Kyung termangu sendirian.

Tidak pasti samada mahu menurut atau ingkar akan permintaan itu. Tapi, Jeon Jungkook seakan akan mendesaknya.

Perlahan lahan dia angguk lantas meletakkan dulang ke atas meja. Usai itu, dia segera beredar ke pintu.

Melihat ketegangan wajah Jungkook, dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.

"Apa yang sedang berlaku di rumah ni?"

+++

Aku turun ke aras satu.

Sesekali ekor mataku mengerling bilik kerja Doktor Jeon.

Sebelum mata aku beralih pula ke pintu rumah yang terbuka sedikit. Ini peluang aku untuk melarikan diri.

Aku perlu lari. Aku tak mahu terkurung bersama manusia gila di sini.

Segera aku atur langkah menuju pintu.

Namun, niat aku terhalang sebaik bunyi gelas yang dihempas ke lantai menjengah telinga aku. Spontan aku melarikan pandangan ke aras dua.

Doktor Jeon?

+++

Serpihan kaca yang berterabur di atas lantai dipandang penuh empati.

Bibirnya tersenyum suka.

Dari ekor mata, dia melihat raut muka Taehyung membahang dek marah. Lima jarinya dikepal sedang matanya tajam menikam wajah Jungkook.

Selang seketika, gelakan halus meluncur dari belahan bibir anak Jeon.

"Kau memperalatkan aku, Taehyung."

Sebaris ayat yang ditutur oleh Jungkook membuatkan mata Taehyung terbeliak.

Kepalan jemarinya kian terungkai.

Dadanya bergolak tidak tenang melihat perilaku Jungkook yang berubah arah.

"K-Kau..."

"Bukan aku yang bunuh perempuan tu. Aku langsung tak bersalah, kan?"

Taehyung terdiam.

Bibirnya bergerak kecil.

Sehinggalah sudut bibirnya terangkat. Dia tersenyum menyinis mendengar tekaan Jungkook akan identiti misterinya.

"Kau betul, Jeon Jungkook."

"Kau cuma budak lemah. Aku jadikan kau manusia gila untuk tebus kesalahan aku."

TBC

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now