DR JEON 11

230 40 0
                                    


[ Doctor Jeon | jjk ]

Aku menekup mulutku rapat. Aku tak sengaja mencuri dengar perbualan itu.

Lelaki yang aku kenal dengan nama Kim Taehyung bukan seperti yang aku jangkakan. Dia penyebab utama Doktor Jeon menderita penyakit mental.

Setapak demi setapak aku undur ke belakang. Aku harus melarikan diri.

Aku paksa kaki untuk berlari pantas.

Langsung tak menghiraukan apa yang bakal menanti aku kelak.

Taehyung ataupun Doktor Jeon bukan manusia yang aku boleh dekati.

Rumah ini penjara.

Aku tak mahu dikurung seumur hidup.

+++

Jungkook urut dadanya yang bergolak tidak tenang. Nafasnya tersekat sekat.

Tekaknya mulai dihantui loya.

Dia yakin dia tidak meneguk air yang dihulurkan oleh Taehyung walau secicip. Tapi, apa yang telah berlaku?

Perlahan lahan tubuhnya melorot jatuh ke atas lantai.

Bibirnya basah dengan cecair likat yang tak henti henti mengalir.

Dari ekor mata, dia saksikan raut muka Taehyung tersenyum suka.

Sebelum kelibat lelaki itu beredar pergi dengan langkah tergesa gesa. Jungkook tekup mulutnya. Dia raba poket seluar.

Ligat jarinya menekan nombor.

+++


Bibirnya berlagu kecil.

Sesekali anak rambut dipintal lembut.

Jemarinya bermain dengan stereng sebelum pedal minyak dipijak.

Kelajuan ditambah mendadak sehingga batang tubuh milik gadis itu dirempuh. Bunyi decitan bergema kuat sebaik dia menekan brek.

Ekor matanya mengerling cermin sisi.

"Aku cuma sentuh sedikit."

"Selamat malam, Cik Yoon Min Kyung."

Gelakan sinis si anak Kim memecah keheningan. Lantas dia segera memandu beredar dari lokasi kejadian.

"T-Tolong."

"E-Eomma, M-Min Kyung t-takut."

Lirih Min Kyung.

Matanya basah dengan takungan air yang bercampur darah likat. Bebola matanya melilau merenung sekeliling.

Pandangan matanya berpinar. Dunia seolah olah berputar 360° kala itu.

Dia akhirnya menemui jalan binasa.

Keputusannya untuk lari dari manusia gila itu akhirnya mengundang padah.

Min Kyung lelapkan matanya.

Kepenatan dan kesakitan yang bercampur baur kian menyeksa tubuhnya.

TBC

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now