DR JEON 12

223 40 0
                                    


[ Doktor Jeon | jjk ]

Rintik hujan menjengah telinga aku.

Semakin lama semakin bingit terdengar sehingga aku terjaga dari lena.

Perlahan lahan aku mencelikkan mata sehingga aku terpandang siling bilik. Suasana di sekitar aku serba asing. Aku tidak pernah melihatnya sebelum ini.

Aku toleh ke sisi.

Mencari cari keberadaan lilin aroma yang memenuhi ruangan bilik ini.

Aku bawa tangan aku di kepala. Aneh, kepala aku berbalut dengan kain kasa. Aku raba balutan kain itu sehingga jari aku menyentuh kawasan yang basah.

Aku tilik jariku. Darah?

"A-Apa yang telah berlaku kepada aku?"

+++

Aku paksa diri aku melangkah keluar dari bilik. Permukaan dinding aku cengkam erat sebagai tempat berpaut.

Mata aku ligat melilau.

Rumah besar ini tampak kosong. Seolah olah tiada manusia lain selain aku.

Sehinggalah mata aku tertancap ke arah meja kecil di hadapanku. Bingkai gambar yang terletak kemas di atasnya berjaya mengamit perhatian aku.

Gambar seorang lelaki berpakaian kot putih. Agaknya dia berpangkat doktor.

Kepala aku tiba tiba pusing.

Kesakitan kembali menyengat diri aku.

Tubuh aku hampir rebah namun cepat cepat aku mencengkam permukaan dinding semula.

Aku lelapkan mata aku buat sejenak. Beranggapan bahawa sakit ini hilang.

"Anak tak apa apa?"

Aku dengar suara wanita menyoal aku.

Aku celikkan mata aku sebaik aku rasakan tubuh aku dirangkul kemas.

Wanita itu menatap aku penuh mesra.

"Puan siapa? Tak, saya...siapa saya, puan?"

+++

Aku terkesima.

Hari ini sudah masuk lima bulan aku terlantar sakit tidak sedarkan diri.

Tiga bulan lepas, aku dirawat di hospital. Dua bulan yang selebihnya, wanita itu meminta doktor peribadinya untuk merawat aku di rumah sahaja.

Lima bulan telah berlalu.

Aku baru sahaja sedarkan diri hari ini.

Aku tidak kenal siapa diri aku. Nama aku? Jujur, aku langsung tidak ingat.

Wanita ini gelar aku dengan nama Jung.

Selama aku terlantar sakit, dia yang menjaga aku. Walaupun aku bukan darah dagingnya. Dia sanggup berhabis harta membiayai kos perubatan aku.

Aku cukup berterima kasih kepada wanita ini. Budinya tidak terbalas.

"Terima kasih sebab sudi bantu Jung."

+++

Hujung minggu.

Aku ditinggalkan bersendirian di rumah besar ini.

Aku bertegas mahu ikut wanita itu ke pasaraya membeli barang dapur. Tapi dia pesan supaya aku berehat di rumah.

Aku dilanda kebosanan.

Lenguh badan aku semakin melarat dek lama terlantar di atas katil sahaja.

"Haus lah pula." Keluh aku.

Segera aku bawa kaki menapak ke dapur. Namun, bunyi engsel pintu membantutkan langkah aku.

Debar dadaku kian memuncak. Pantas aku paksa diri untuk berfikiran positif.

Dari ekor mata, aku mengerling ke arah pintu. Perlahan lahan aku berpaling sehingga mata aku terpandang susuk tubuh milik seorang lelaki.

"Kau siapa? Eomma tak ada di rumah."

Lurus jari aku menuding lelaki itu.

Sepasang keningnya bertaut kemas sebelum aku dengar gelakannya pecah.

Gila kah lelaki ini?

"Jangan dekati aku. Kau dekat, aku jerit"

Aku memberi amaran awal.

Bibirnya tersenyum suka. Sedikitpun tidak ambil peduli akan amaran aku.

"Eomma!"

TBC

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now