DR JEON 14

218 39 0
                                    


[ Doctor Jeon | jjk ]

Keluar sahaja dari kedai runcit, aku lekas bergerak menuju mesin air.

Setin Nescafe menjadi pilihan aku. Aku teguk sedikit minuman berkafeina itu. Aku kerling jam di tangan. 03:15 pagi.

Malam masih lagi pekat. Tapi, manusia sudah ke hulu hilir. Aku perhati gerak geri manusia keluar masuk ke dalam kedai runcit 24 jam.

Jualan laku keras. Barangkali memang tabiat penduduk di kawasan ini.

Keluar awal pagi.

Sehinggalah telinga aku menangkap derap langkah yang kian mendekat. Semakin lama semakin jelas di telinga aku.

Aku kerah kaki untuk melangkah lebih pantas. Aku sedang diekori?

Sesekali aku mencuri pandang ke belakang. Mata aku menangkap susuk tubuh seorang lelaki berbaju serba hitam.

Segera aku berlari meninggalkan kedai runcit itu. Rumah Eomma aku tuju.

"Janji temu kita malam esok. Okey, sayang?" Suara itu kembali terngiang ngiang di telinga aku. Kepala aku terasa pusing, mata aku berpinar pinar.

Aku gagahkan diri untuk lekas pulang. Sakit yang kian menyengat aku abaikan.

+++

03:45AM. Tin Nescafe aku lempar masuk ke dalam tong sampah.

Dari luar pagar rumah, aku lihat susuk tubuh Jungkook duduk di laman.

Sesekali dia mencicip minuman tin sebelum matanya kembali teralih ke arah skrin gajet di tangan. Aku andaikan lelaki itu punya masalah sama.

Sukar untuk melelapkan mata sehingga aku lihat dia menelan pil tidur.

Tapi, anehnya dia masih segar bugar.

Seolah olah pil yang ditelannya tidak memberi sebarang efek.

"Bahaya keluar rumah pukul 3 pagi." Aku dengar suaranya menegur aku tapi matanya masih melekap pada gajet.

Setapak demi setapak langkah kususun menerpa ke arahnya. Sebelum aku ambil tempat menghadapnya.

"Aku pernah kenal kau ke sebelum ni?"

Soal aku. Aku lihat fokusnya tiba tiba terganggu. Seolah olah bedikan aku mengena tepat pada sasaran.

Jungkook mengalihkan pandangan ke arah aku. Senyum di bibirnya terukir.

"Maksud kau?"

Tbc

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now