Bab 1☁

236 9 0
                                    

Hari ni Fakhrul,Haril dan Ayra ke sekolah seperti biasa. Fakhrul di tempatkan di kelas yang ke tiga,Haril di kelas yang pertama bersama Ayra. Walaupun kelas berlainan mereka sering berjumpa di waktu rehat.

"Fakhrul nah aku belanja!" Fakhrul melihat kawannya Haril yang sering belanja dia nasi lemak Pak iro. "Eh kan aku dah kata...aku tak nak susahkan kau lagi..." Fakhrul menolak pemberian Haril kerana dia tidak mahu susahkan Haril.

"Ambik jelah...aku lanje nii" Haril memaksa Fakhrul untuk mengambilnya. Tanpa membuang masa Haril memegang tangan Fakhrul dan meletakkan nasi lemak itu di tapak tangannya.

Haril terus berlari meninggalkan Fakhrul di situ. Di sekolah rendah ***, Fakhrul berdiri dengan memandang sedih melihat mejanya kerana diconteng. Tulisan yang diconteng di mejanya itu sangat menyakitkan hati Fakhrul.

Hahahaha
Budak miskin tak layak sekolah
Kat sinilah!
Hahahahah
Kau patutnya duduk kat tong sampak jelah!!
Boooo

Fakhrul tidak mempedulikannya dan duduk termenung. Hatinya sungguh sakit memikirkan contengan di mejanya itu.

Selesai belajar waktu pulang sekolah pun tiba, sewaktu Fakhrul bangun dia memandang ke tepi. Dia terkejut, melihat 4 orang pembuli sudah tersenyum lebar di sebelahnya. Tanpa membuang masa Fakhrul mengambil bag nya dan mahu pergi. Namun 4 orang pembuli itu menghalang.

"Ishh ketepi lah! Aku nak balik!!!!" Fakhrul sudah tahu apa yang diinginkan keempat pembuli tu. 'Mestilah nak duit' itulah fikiran yang sentiasa bermain difikiran Fakhrul.

"Korang tunggu apa lagi serang ah" arah Azrif iaitu kumpulan pembuli ini. Kawan² Azrif mula menumbuk² semua anggota badan Fakhrul. Fakhrul rebah, dia tidak mampu untuk melawan kerana badannya begitu lemah dan sakit.

"Woii! Apa korang buat ha!" Haril menjerit ke arah mereka. Ayra berlari mendapatkan Fakhrul yang menahan sakit. "Kau okey tak ni?" Tanya Ayra yang begitu risau "Aku okey je.." kata Fakhrul untuk melegakan kerisauan kawannya ini.

"Jom balik!" Jerit Haril dari luar. Haril begitu marah dengan 4 pembuli tu. Kalau boleh nak je dia lenyai² dan goreng 4 pembuli tu. Tapi apakan daya..Haril tidak mahu keadaan menjadi semakin besar.

◇◇◇◇

Fakhrul masuk ke dalam rumah dengan memberi salam 'Assalamualaikum!' Tiada sesiapa yang menjawab. Dia memasuki rumah, Fakhrul duduk di ruangan tamu, badannya begitu sakit dan juga dia sangat penat.

Fakhruk melihat jam sudah pukul 2:30 dia bangkit dari sofa di ruangan tamu dan terus memasuki ke biliknya untuk mandi. Seusai mandi, Azan berkumandang. Fakhrul memasuki biliknya, dia mengambil sejadah dan meletakkan di lantai bilik. Dia mulai solat.

Bersambung

Menjelang Musim Hujan [TAMAT]Where stories live. Discover now