tiga sekawan yang amat rapat, sentiasa bersama² dan menolong orang walaupun 1 orang temannya ini susah. Tapi malangnya datang pula si 4 orang pembuli yang sentiasa membuli Fakhrul sehingga luka. Fakhrul hidup dalam keluarga susah, bapanya sering balik lewat malam dan ibunya pula sudah meninggal dunia kerana kemalangan. Fakhrul rapat bersama makcik dan pakciknya yang mempunyai 2 orang anak, anak² mereka sudah membesar dan bekerja. Fakhrul dijaga dengan makcik pakciknya atau lebih dikenali sebagai mak ton dan pak wan. Haril hidup dalam keluarga yang kaya sederhana, bapanya seorang cikgu renang dan sering mendapat tempat juara di dalam pertandingan berenang. Haril juga suka berenang dan bercita² ingin menjadi seorang atlet renang Malaysia. Ibu Haril menjadi seorang pekerja di butiknya dan juga dibantu dengan kakaknya. Ayra hidup dalam keluarga sederhana kaya, bapanya menjadi seorang polis dan ibunya pula guru di sekolah tabika. Ayra mempunyai seorang kakak dan seorang abang. Kakaknya sudah berkahwin manakala abangnya masih pelajar universiti di Korea. Ayra adalah pelajar pandai di sekolahnya. Azrif hidup dalam keluarga yang begitu mewah, bapanya membuka syarikat bersama pakciknya,manakala ibunya menjadi seorang suri rumah. Azrif mempunyai 2 orang abang yang sudah berkahwin. Azrif ni adalah seorang pembuli yang bersama dengan kawannya yang lain. Budak² pun takut dengan kehadirannya dan kini Fakhrul adalah mangsanya.