DR JEON 15

198 38 6
                                    


[ Doctor Jeon | jjk ]


Dari kejauhan, kelihatan kelibat sebuah kereta terparkir di bahu jalan.

Ada percikan darah yang sudah kering melekat di sisi kereta. Sedikit sebanyak mulai menghilang dek rintis hujan.

Sesekali bibirnya mengalunkan melodi yang berentak tenang.

Lantaran matanya beralih merenung sebuah rumah di hadapannya. Terlihat cukup sunyi dan sepi tanpa kelihatan kereta pemilik rumah di laman.

Hatinya dijentik kepuasan. Bila bila masa sahaja dia bakal menjalankan rencana yang giat bermain di minda.

"Min Kyung. Min Kyung. Min Kyung."

Nama itu diulang kerap kali sebelum dia menapak keluar dari kereta.

Bibirnya terkumat kamit menyebut nama gadis yang menjadi target utamanya itu.

Tali berukuran 100 meter diheret lantas beredar masuk ke laman. Sedikitpun tidak menghiraukan jikalau ada mata mata yang memandang gerak gerinya.

Misinya cuma satu. Dia harus dapatkan Min Kyung dengan kadar segera.

***

Jungkook mendail nombor yang disimpan dengan nama patient itu berkali kali.

Namun, tiada sebarang sahutan yang lelaki itu perolehi setelah acap kali dia cuba untuk menghubungi.

Dari hujung alis mata, dia melihat kesan tapak kaki di atas lantai jubin.

Ukurannya bersaiz besar dalam lingkungan saiz kasut 43-45 barangkali.

Lantas dia menekan ikon merah untuk mematikan panggilan.

Kala itu, tiada raut muka lain yang terlintas di benak fikirannya melainkan seorang manusia.

Persis seperti jangkaannya, gadis itu tidak akan mampu melepaskan diri. Sungguhpun memorinya sudah lenyap dari ingatan.

"Selamat berjaya, Taehyung."

"I wish you a good luck, my dear satan."

Tbc

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now