BAB 4

8.2K 556 40
                                    


"WATCH out your step, Eshal!" Suara Emeer kedengaran kuat di dalam bilik latihan yang luas itu.

Salah satu bilik Latihan yang terdapat di The Hayyes Academy yang direka khas oleh Emeer untuk mereka adik beradik. Semua kemudahan latihan seni mempertahankan diri telah tersedia di situ termasuk gim, bilik istirehat, bilik tidur beserta dengan tandas dan juga dapur. Tidak ubah seperti rumah kedua mereka.

"Bukan Eshal, Eiman ni yang tak betul." Jari telunjuknya lurus ditunjukkan ke arah adiknya.

Eiman membulatkan matanya. Dia juga yang dipersalahkan. Sebab itu bila alongnya mengarahnya untuk melatih kakaknya dia enggan tapi apabila arahan itu dari along, mana mungkin dia menolak.

"Jangan nak salahkan Eiman kalau langkah kau sendiri yang tak betul. Dan berapa lama tak masuk kelas? Eshal nak along sendiri ke yang ajar?" Marah Emeer sambil bercekak pinggang. Mukanya garang memandang ke wajah Eshal.

Eshal menunduk. Kedua belah tangan mula memutar tali seluar treknya yang terjuntai itu. Tidak berani buka mulut. Nanti tak pasal terpaksa berlatih dengan anak singa. Tempah maut jawabnya.

"Fine. Sorry. Okay, sekarang Eshal serius. I'm ready, adik."

Kedua belah tangannya diangkat pada paras muka. Mula bersemangat. Apabila melihat Eiman menganggukkan kepala dia terus membuka langkahnya ke arah adiknya.

Emeer hanya memerhati adik-adiknya berlatih diluar gelanggang. Ini adalah hukuman yang diberikan kepada Eshal dan Eiden. Mereka akan berlatih di gelanggang ini setiap minggu tanpa pengecualian termasuk Eiman. Rutin mereka yang dilakukan bersama sejak dulu sudah lama ditinggalkan oleh adik-adiknya apabila dia menyambung pelajarannya ke luar negara.

Mendengar sahaja perkara itu, Eshal adalah orang yang pertama sekali memberontak dengan caranya dengan berani bersama drama air matanya di hadapan daddy dan mummy. Bagi Eshal, berlatih dengan Emeer betul-betul buat keyakinannya jatuh merudum kerana alongnya tidak akan berkompromi dalam latihan.

Sejam berlalu, Eshal terus terbaring di atas lantai sebaik saja dia melangkah keluar dari gelanggang. Bajunya habis basah dengan peluh. Sarung tangan terus dibuka lalu dicampak ke lantai. Dia tidak peduli. Yang dia tahu, dia penat dan dahaga. Ini semua along punya pasal. Mata dipejamkan untuk seketika. Merehatkan diri.

"Let's start Eiden."

Eiden yang sedang menumbuk punching bag itu terhenti tiba-tiba. Dia terus memandang ke arah alongnya terpinga-pinga. Dahinya berkerut seribu apabila melihat Emeer mula melangkah masuk ke dalam gelanggang sambil memakai sarung tangan hitam. Matanya kemudian berkalih pada Eshal yang sudah tegak bersila apabila mendengar arahan along.

"Start for what?" soalnya sambil mendekati Eshal dan Eiman yang berada di hadapan gelanggang itu. Punggung dilabuhkan di sebelah kembarnya. Air di tangan Eshal terus dirampas lalu diteguk rakus.

"Fight with me." Emeer tersenyum sinis.

Purrrr...

Air yang belum sempat ditelannya terus tersembur keluar dari mulutnya sebaik saja mendengar sebaris ayat beserta arahan daripada alongnya.

"Euuwww... Tak senonoh la kau ni ngah. Ishh... Kotorlah!" Eshal memukul bahu abang kembarnya beberapa kali apabila semburan maut Eiden tepat ke mukanya. Pengotor punya kembar!

Tuala di tangan Eiman terus diambil lalu mengelap seluruh wajahnya serentak memberi jelingan tajam pada Eiden. Siap kau. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas sumbangan kau ni.

"Along cakap esok. Tak akan sekarang. Tak nak aku, long," jawabnya sambil menggelengkan kepala.

Hatinya mula berdebar hebat. Dia tidak putus-putus berdoa agar alongnya tidak serius dan boleh dibawa berbincang walaupun hakikatnya dia sendiri tidak yakin. Bahaya! Bahaya!

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now