F I F T 15 N

442 43 2
                                    

"Hey perempuan! Kau ni memang sengaja langgar kereta aku kan! Dasar perempuan tak guna!" Jerit seorang amoi cina kepada seorang perempuan..

"I'm so sorry miss, tapi kereta cik yang tiba-tiba langgar belakang kereta saya. So, saya tak salah."

Zhafri yang lagi berjalan ingin menuju ke arah boxing gym Helmi, mendengar kekecohan antara 2 orang perempuan di tempat parking.

Dan dia memang nak lari jauh dari kawasan tersebut. Pertelingkahan di tempat parking bukan sesuatu yang aneh buat masa sekarang.

Bising-bising, macam orang tak ada sivik.

"Hey, you cakap bukan salah you?! Ni kemik kereta i ni you cakap bukan salah you hah?" Tiba-tiba perempuan cina itu bertindak kasar dengan menolak-nolak bahu perempuan seorang lagi sampai keterbelakang badannya.

"Cik, boleh bincang elok-elok kan. Janganlah tolak-tolak."

Zhafri yang melihat dua orang yang sedang bertolak sakan itu sedang hampir ke arahnya yang lagi berjalan di kaki lima.

Aduhhh, kat sini jugaklah kau nak gaduh.

"You better bayar or i see you in court!" Jerit amoi itu kuat.

"I won't." Perempuan itu berkeras menyebabkan amoi itu menolak bahunya lebih kuat sampai perempuan itu terjatuh kebelakang,

Namun, refleks 'sisi malaikat' Zhafri, cepat sahaja Zhafri menahan belakang badan perempuan itu daripada jatuh tersembam ke belakang.

Dan, perempuan itu terus memandang ke arah siapa yang menyambut dirinya.

Dan ...

Itu juga membuatkan Zhafri terkejut besar apabila melihat wajah seseorang yang tidak mahu dilihatnya kini berada di hadapan matanya.

Eleana??!

Buat apa dia disini?

Dan... apa yang anak matanya perasan buat pertama kali mereka berjumpa kali ini ialah..

Cantiknya Eleana. Jauh lebih berseri wajah itu bermake up tipis jika dibandingkan wajahnya yang pucat dan lebam-lebam beberapa bulan yang lalu akibat didera olehnya. Ditambah lagi dengan tudung bawal yang dipakai. Biasanya dia akan pakai tudung selempang sahaja.

Zhafri membantunya berdiri dan tiba-tiba, Eleana berdiri dibelakangnya kerana ketakutan.

"Tch, you're hiding now ar? Now, how do you want to settle ni ha perempuan?" Amoi cina itu langsung tidak gentar walaupun Zhafri kini sedang berhadapan dengannya.

"What happened? Tell me." Ujar Zhafri tanpa riak.

"This woman just hit my car just now."

"No abang.. saya tak langgar pun kereta dia."

Terangkat sebelah kening Zhafri apabila mendengar perkataan 'abang' terluah dari bibir kecil itu.

"...kereta dia yang langgar kereta saya, sebab dia tak perasan ada kereta saya dalam parking tu." Jelas Eleana pula.

Zhafri mula mengambil dompetnya sambil menggeleng-geleng kepalanya.. Ni mesti pakai kereta kancil, buat masalah dekat orang la pakai kereta kecil-kecil ni.

Zhafri baru sahaja ingin mengeluarkan beberapa keping not rm50 namun, Eleana sempat menahan.

"No, you don't need to pay her. Abang boleh tengok cctv dekat sini atau dashcam kereta saya kalau abang tak percaya."

"Eh engkau ni-"

Baru sahaja amoi itu ingin menampar diri Eleana yang menyorok di belakangnya, Zhafri dengan cekap menahan tangan itu dari melekat di pipi gebu Eleana.

Izz RaelWhere stories live. Discover now