20. Night before tragedy

76 8 1
                                    

Bulan dilindungi awan serta angin bertiupan dengan perlahan. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran jelas di telinga. Tiada penduduk yang lalu lalang di situ. Kedai, rumah dan pejabat ditutup kerana sudah malam. Cahaya bulan serta cahaya lampu jalan yang dapat menerangi kawasan tersebut.

Beberapa puak sedang berbual sam sendiri jauh dari khemah. Para petugas siang tidur untuk merehatkan diri manakala petugas si malam berjaga.

"Sunyinya malam ni" ujar seorang lelaki.

"Ya, kita kena meronda. Bahaya kalau kita meronda sorang diri" kata rakannya.

"Nak tanya permaisuri tak?" cadang rakannya itu.

"Permaisuri mesti sudah masuk tidur. Lebih baik kita jangan kacau dia"

"Kenapa? Nak jumpa saya ke?" tegur Teera yang muncul di sebalik dari mereka. Mereka sedikit terkejut melihat Teera di situ.

"Tuanku" terkejut si lelaki itu. Dia mengurut dadanya beberapa kali.

"Maaf, adakah saya terkejut kamu bertiga ke?"

"Tidak, tuanku. Kenapa tuanku tak tidur lagi? Nak larut malam ni" risau lelaki itu.

"Saya belum mengantuk jadi saya nak buat keputusan untuk bersiar-siar sekejap sebelum tidur"

"Tuanku, kami nak pergi meronda. Tuanku nak ikut kami tak?" soal salah seorang rakannya.

"Ish, kau ni" lelaki itu menepuk bahu rakannya di sebelahnya.

"Boleh juga"

"Tuanku pasti ke?" soal lelaki itu.

"Ya"

"Baiklah, jom" ajak lelaki itu.

Tiga lelaki berjalan di hadapan manakala Teera berjalan di belakang mereka. Mereka meronda kawasan yang diterangi lampu jalan. Mereka tidak mahu mengambil risiko berjalan di kawasan yang gelap.

"Tuanku, boleh beritahu kenapa tuanku nak jadi pemimpin Digra?" soal seorang lelaki.

"Oi, tiada soalan lain ke kau nak tanya?" lelaki itu menepuk bahunya dengan sedikit kuat.

"Tidak apa. Saya terkejut juga apabila bekas raja kota memilih saya sebagai pemimpin Digra"

"Apa perasaan tuanku ketika bekas raja memilih tuanku sebagai pemimpin?" soal seorang lelaki.

"Dah semestinya saya terkejut. Siapa saja yang tak terkejut dengan penyerahan jawatan"

Mereka berempat berbual antara satu sama lain sambil meronda kawasan sekitar. Sedang mereka berbual, mereka terdengar bunyi melanton membuat mereka berhenti bercakap.

"Kau dengar tak?" soal lelaki

"Jangan takut"

Bola berwarna merah bergolek di hadapan mereka. Mereka berundur ke belakang. Seseorang yang memakai penutup muka. Matanya memandang tajam ke arah Teera.

"Siapa kau?" soal lelaki tersebut.

"Itu bukan masalah kau. Aku nak darah, Teera" seseorang yang memakai topeng muka itu mengangkat tangannya melunjurkan jarinya ke arah Teera.

"Eh, kenapa kau nak darah aku?" soal Teera.

"Nak bangkitkan Jazz lah. Jazz akan seimbangkan dunia ni. Dunia ni tak perlukan banyak puak dan tak perlukan kuasa. Apa guna ada kuasa untuk kekerasan?"

"Mana ada kekerasan?" soal lelaki itu.

"Ya, kekerasan yang berlaku semasa peperangan"

"Perkara itu sudah lama. Buat apa nak ingat lagi?" soal lelaki itu.

Queen Teera Where stories live. Discover now