BAB 5

10 0 0
                                    

Dua minggu berada di tempat itu sudah cukup menyedarkan dia sedikit sebanyak tentang apa sebenarnya yang berlaku di situ!

Dia menghenyakkan punggungnya dengan kasar di tempat duduk seraya cuba menenangkan dirinya yang kini berapi-api dengan apa yang berlaku sebentar tadi!

Dia yang bersengkang mata memikirkan strategi penasaran untuk projek ini dan tiba-tiba ada orang lain pula yang turut mendapat pujian??

Dia mengepal jari-jemarinya, memejamkan matanya, sedaya-upaya cuba untuk tidak meletup di situ!

"Cik Hani..."

Suara itu kedengaran begitu perlahan tetapi sempat ditangkap oleh pendengarannya. Dia mendengus lalu membuka matanya.

Oh, Surya. Surya adalah kerani di situ.

"Ya, Surya?" Hani tidak menyangka dia masih boleh berlembut sedangkan hatinya diamuk amarah. Iyalah, takkan dia mahu 'menyembur' Surya yang tidak ada kena mengena dalam hal itu, kan!

"Lain kali Cik Hani jangan simpan apa-apa berkaitan proposal di pc office tau. Nanti jadi macam tadi." ujar Surya dengan nada suara berbisik.

Dahi Hani berkerut, masih cuba memahami kata-kata wanita itu.

"Itu je saya nak cakap. Saya minta diri dulu." ujar Surya lalu segera beredar.

Hani terpinga-pinga sebelum menoleh ke arah sosok yang semakin hilang dari pandangan itu.

teaspoonheartteaspoonheart

Hani menarik nafas lega. Proposalnya diterima baik oleh tiga orang klien yang duduk semeja dengannya itu.

Penat lelahnya hampir sebulan kini menampakkan hasil. Dia bersyukur.

"Sebenarnya sudah banyak kali pihak dari syarikat Cik Hani datang untuk yakinkan kami bertiga tapi proposal yang mereka bawa sebelum ni tak sebagus proposal kali ni." Cik Kamilia mula bercerita setelah perbincangan mengena kerja mereka sudah tamat.

Encik Rudsi mengangguk.

"Kalau diikutkan, pernah sekali ada proposal yang kena di hati kami tapi tak lama selepas tu, orang lain ambik alih untuk lead. And suddenly it's not like what we expected." sokong Encik Rudsi.

"Iya, betul. Kami terus tarik diri, cancel agreement sebab apa yang jadi tak sama macam yang dijanjikan." tambah Puan Rozira.

Hani mendengus halus. Dia tahu cawangan itu bermasalah, tetapi dia tidak menyangka cabang masalah itu ternyata lumayan banyak!

Hana lantas menguntum senyuman.

"Selagi saya masih bekerja di situ, saya tak akan biar orang lain ambik alih projek ni. Saya akan lead dari awal sampai habis." Hani mengutarakan janjinya.

Kerana semua ini dia lakukan demi mendapat perhatian Jeffery semula!

teaspoonheartteaspoonheart

Ini sudah kali yang kelima Hani membaca laporan kewangan yang ada di hadapannya itu. Dan ini benar-benar tidak masuk akal!

Kos yang dia gunakan untuk fasa pertama projeknya tidaklah sebanyak ini! Siapa pula yang memandai-mandai menambah jumlah perbelanjaan projek dibawah seliaannya itu?!

Patutlah Surya beriya-iya mahu dia menyemak laporan tersebut.

Patutkah dia berjumpa dengan Surya dan bertanyakan lebih lanjut? Wanita itu sepertinya tahu sesuatu.

Namun begitu baru sahaja dia bangkit dari tempat duduknya, dia melihat Ariana sudah hampir di meja kerjanya.

"Encik Hakimi panggil ke bilik mesyuarat. Now."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TEASPOON HEARTWhere stories live. Discover now