36

112 16 22
                                    

"Tapi, macam mana kita nak tangkap dia?" Tanya Niel.

"Aku rasa kita perlukan bantuan seseorang." Kata Izz. 

"Siapa? Polis? No, aku nak kita tangkap Xin dengan tangan aku sendiri. Kita just akan serahkan dia pada pihak polis bila kita dah tangkap dia." Tekad Im.

"No, bukan polis." Balas Izz.

"Then, siapa?" Tanya Lia, Izz tayang senyuman sinis lalu mengeluarkan iPhonenya.

Nombor seseorang dicari. Sebaik sahaja menjumpainya nombor tersebut, Izz terus menekan butang call.

"Izz? Is that you?"

"Yes, I am."

"Hmm, kau nak jumpa aku ke apa?"

"Tahu - tahu je kau ni."

***

"Er...siapa ni, Izz?" Tanya Im sambil memandang lelaki berpakaian serba hitam dihadapannya itu.

"Aku Kim. Selamat berkenalan." Kata Kim sambil menghulurkan tangannya, Im dan Niel menyambutnya.

"Sejak bila korang kenal ni?" Tanya Lia, Izz dan Kim berpandangan.

"Kitorang terserempak masa aku tengah cari Bel semalam. Si Kim ni yang tegur aku, dia beritahu lokasi Bel." Terang Izz.

"Kalau bukan sebab aku, Bel takkan jadi macam tu. Aku tak patut tinggal dia dekat situ sorang - sorang." Kata Kim.

"Bukan salah kau, Kim. Lagipun, kau tak tahu pun yang Xin akan jumpa Bel. Dan mungkin aku takkan jumpa Bel dengan Niel masa tu." Ujar Izz.

"Terima kasih sebab selamatkan aku, Kim. Kalau bukan sebab kau, aku tak tahulah berapa lama aku akan pengsan dekat situ. Aku terhutang budi dekat kau." Kata Niel sambil tersenyum, Kim menepuk bahu Niel.

"My pleasure."

"Kim, kau siapa sebenarnya? Nampak macam kau tahu everything." Tanya Im.

"Aku? Nama aku Kim, that's all. Dah tahu nama aku pun dah lebih daripada cukup." Kata Kim, Im menjuih bibir.

"But, apa kaitan kau dengan Bel?" Tanya Lia, Kim tersenyum.

"Aku kawan baik dia juga, macam korang."

"Kalau macam ty, kitorang nak minta tolong kau." Kata Lia.

"Nak aku tolong carikan Xin?" Balas Kim.

"Itu pun kau tahu?" Tanya Lia sedikit terkejut.

"I know everything." Balas Kim sedikit riak.

"Seramlah dia ni." Kata Im, Kim ketawa kecil.

"Jangan risau. Aku bukan orang jahat, cuma berhati - hatilah. Sebab boleh dikatakan semua rahsia korang ada dalam tangan aku. Kalau korang cari pasal dengan aku, dalam sekelip mata je aku boleh bongkar kan. Got it?" Ujar Kim bersama senyuman mengusik.

"Sombonglah mamat ni." Kutuk Im.

"Tengku Adzim Afnan."

Mata Im membulat. Seram weh Kim ni! Nama penuh Im pun dia tahu? Seingat Im, dia takde pula beritahu. Dah lah first time jumpa!

"Eleh, setakat nama je pun." Balas Im walaupun dia sudah berdebar.

"Pernah jadi seorang playboy suatu ketika dahulu. Girlfriend pertama is Riana. Korang couple dua bulan, then break up sebab kau kantoi date dengan perempuan bernama Laila. Then, kau..."

"Okey - okey. Aku percaya!" Pintas Im laju.

"Good boy." Kim senyum sinis sambil mengggosok kepala Im yang memandangnya tajam.

"So, sekarang ni korang just perlu berhati - hati je. Kemungkinan Xin dah hantar orang untuk stalk korang. Aku dah hantar orang untuk cari Xin sejak semalam lagi. Memang susah sikit nak tangkap dia, sebab dia tu bijak. Tapi, korang tak payah risau sebab..."

"Sebab?" Pintas Im, Izz, Lia dan Niel

"Dia tak selicik aku."

***

"Kau okey tak? Nak makan?" Tanya Izz lembut, Bella menggeleng.

"Makanlah. Hm? Aku suap, please?" Bella menggeleng lagi.

"Bella, bolehlah. Kau kan budak baik, bijak, cantik. Makan ea? Nanti kau kurus kering dah tak cantik, makanlah. Makan ea, baby girl." Perlahan - lahan Bella mengangguk.

"Ha, macam ni barulah babygirl aku."

Izz tersenyum lalu mencapai semangkuk bubur yang berada di atas meja. Sesudu bubur disuakan pada mulut Bella, gadis itu menyambutnya perlahan - lahan.

"Aku pula nak suap!" Kata Niel.

"Ish, sibuklah kau." Balas Izz lalu menjeling sahabatnya itu.

"Alah, Izz. Bolehlah, hmm? Kau kan sahabat yang baik." Bodek Niel.

"Kau...eii!"

Izz berura - ura ingin menumbuk Niel. Tiba - tiba, Bella ketawa kecil, Izz dan Niel memandangnya lalu tersenyum.

"Nah lah." Kata Izz sambil menghulurkan mangkuk bubur kepada Niel dengan terpaksanya.

Niel tersengih lalu mengambil mangkuk tersebut. Tapi, pegangan Izz pada mangkuk tersebut kuat, Niel memandangnya dengan pandangan  penuh kegeraman.

"Opss! Sorry!" Ejek Izz lalu melepaskan mangkuk tersebut, Niel menjeling rakannya itu lalu memandang ke arah Bella.

"Bel, makan? Saya suap." Ujar Niel.

Laju sahaja Bella mengangguk, tercengang Izz dibuatnya. Kalau dengan dia, punyalah susah. Kena puji bagai. Ei, ni yang tak puas hati ni! Im, Kai dan Lia yang berada di luar bilik hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"Nampaknya, Bel boleh sembuh lebih cepat berbanding dulu." Ujar Kai.

"Aku setuju." Balas Lia lalu tersenyum.

"Fara dengan Rian takde khabar ke?" Tanya Im.

"Fara aku tak tahu. Setiap kali aku tanya dekat Izz, dia diam je." Jawab Lia lalu mengeluh.

"Rian pula, yang aku tahu, dia dah mula tak datang sekolah balik sejak kes dia pengsan hari tu." Jawab Kai.

"Ya Allah, kenapa keadaan jadi macam ni? Sorang ke sana, sorang ke sini. Aku rindu suasana yang dulu, masa aku mula - mula datang ke sini." Gumam Im seorang diri, namun dapat didengari oleh Kai dan Lia.

"Semuanya akan kembali kepada asal bila tiba masanya."

***

Ting!

Xin yang sedang menghisap rokok itu mencapai iPhonenya. Senyuman sinis terukir sebaik sahaja melihat nama yang terpapar pada skrin.

•••

Salsabila

Aku nak jumpa kau malam ni dekat bangunan lama belakang Road A. Aku nak selesaikan semuanya malam ni, datang tepat pada pukul 10 malam.

•••

Xin tersenyum gembira bercampur sinis. Walau apapun yang terjadi, dia akan pastikan Bella menjadi miliknya!

"Aku tak sangka pula yang kau berani macam ni, sayang. Ingatkan lepas dah jumpa aku hari tu, kau lari bersembunyi." Ujarnya sendiri.

"Woi! Sediakan budak kita sebanyak yang boleh. Kita ada 'perang' besar yang nak dilancarkan malam ni." Kata Kim bersama senyuman sinis.

"Baik, bos!" Patuh anak - anak buahnya.

Tiba - tiba, dia teringat akan seorang lelaki yang menumbuknya tempoh hari. Habis lebam wajahnya disebabkan oleh lelaki itu, mujur sahaja dia sempat melarikan diri.

"Apa hubungan lelaki tu dengan kau, sayang?"

***

Gomawo for your votes, reads and comments 💚

kerana dia salsabella ✔︎Where stories live. Discover now