Bab 15 - Cigar Room

872 31 14
                                    

"Very classy." Dia duduk di atas sebuah sofa kulit dan menarik tangan aku untuk duduk di sebelahnya. "And very quiet."

Bilik itu memang kelihatan agak mewah; dengan sofa berkulit warna cokelat, almari-almari berkaca yang berisi buku-buku berkulit tebal dan sebuah rak khas bersusun dengan kotak-kotak curut premium untuk mereka yang benar-benar berminat.

Pencahayaan bilik itu redup dan nyaman, musik yang berkumandang pun tenang. Bilik ini banyak kenangan kepada aku dan Abang. Permulaannya di sini. Permulaan kepada skandal tiga tahun aku bersama suami seorang perempuan lain.

Mengingatkan Abang, dada ku rasa berdebar-debar ketakutan. Dan berdebar-debar keseronokan. Mengapa aku rasa seolah-olah aku sedang bermain dengan api? Bersama dengan lelaki lain selain Abang, ianya kebiasaan. Mengapa kali ini pula aku rasa terlalu canggung?

Aku duduk di sebelah Syed dengan berhati-hati. Tiba-tiba, aku tak rasa seperti aku sedang bekerja. Ianya seperti aku sedang mendustai Abang, sedang menduakannya. Walaupun pekerjaan aku tak mulia dan hubungan aku dengan Abang lebih lagi tak mulia, aku jujur dengan penetapan syarat Abang di awal perhubungan, dia membeli masa aku dan tak mahu berkongsi kasih palsu itu dengan lelaki lain.

Aku sedang berlaku curang. Sebagaimana Abang mencurangi isterinya ketika bersama aku, kini aku yang melakukannya. Jantungku berdegup kencang, sememangnya rasa mencurangi sangat asyik sekali.

"You look different in here"

Dia memeluk bahuku. Dan dengan spontan, aku jatuhkan kepalaku di bahunya.

Hmm ... Wangi.

Bau perfume yang sangat jantan bercampur bau lelaki semulajadinya.

"Different macamana?"

"Lembut. Seperti anak dara jiran sebelah rumah."

Aku rasa seperti aku sedang di pikat. Bukan untuk ke atas katil seperti lelaki yang lain. Tapi untuk bertakhta di hatinya. Ianya sama bahaya, tapi bahaya yang berlainan. Ketakutanku bersama dia berperisa bahagia.

"You tak perlu sweet talk I pun."

Aku genggam tangannya dan letakkan di pipiku. Dia cuma senyum dan membiarkannya.

"Di bilik ini ..." Sambungku. "I'm your woman. I'm yours. Only yours."

Ayat-ayat cinta yang biasa aku tuturkan untuk orang lain. Penipuan yang tiba-tiba menjadi kebenaran.

Dia menarik genggaman tangan kami, dan mencium tanganku.

"I rasa macam I dah kena black magic dengan you. I tak nak buat apa pun kecuali duduk pandang you dan dengar suara you. It's like I'm stargazing."

"Stargazing?"

Aku faham apa yang dia katakan, tapi aku seolah menjadi seorang perempuan bodoh yang tak pernah berjumpa lelaki yang bermulut manis. Padahal Dr Steve dulu malah lebih manis dari ini, tapi tak pernah terkesan kata-katanya di hatiku.

"Sitting under the night sky and looking at the brightest star all night. You bintang yang paling bersinar yang pernah I lihat." Tawanya lunak.

Aku peluk badannya, turut perlahan ketawa. Tiba-tiba aku ada keinginan untuk tutupkan mata dan cuma membau wangi tubuhnya. Dia usap rambutku perlahan.

Kami bersenyap sepi begitu untuk entah berapa lama. Mungkin hanya lima minit, mungkin juga sepuluh. Mungkin lima belas. Kemudian aku ingatkan diri aku yang aku masih sedang bekerja.

"You nak minum apa? Something strong?"

Dia ketawa.

"No, no alcohol. I dah cukup mabuk hanya dengan pandang muka you je."

MerpatiWhere stories live. Discover now