sifir

36 4 0
                                    

aku benci sifir.aku benci formula math kecuali algebra.sebab algebra senang.dalam keluarga,arwah atuk paling terer bab math dgn english walaupun ingatan dia dah tak sekuat dulu tapi dia selalu bagitau aku yang dia reti dua dua subjek tu.

keluarga aku senang je.kalau kau berkerja dlm kerajaan contoh macam cikgu ke,polis,askar takpun bomba kiranya kau akan hidup senang.jadi aku dan adik beradik aku yang lain sejak dari kecik dah ditekankan dengan rumusan math yang paling senang which is sifir.gurunya pulak atuk usu aku.

nenek aku ada adik sorang.nek usu aku ni berkawin pulak dgn orang semenanjung berketurunan syed.ha siap ada gelaran kau hahaha.tapi tu lah,hidup aku tak aman.

sebab atuk aku tu garang namampus tahap tahap cikgu math sebenar.badan dia besar.pendek kata dia diperingkat obesiti lepastu kulit dia hitam kepala dia pulak besar mata sepet.suara dia takyah cakap ah.sekali dengar je rasa nak terkucil aku.garau gila!

setiap hari sabtu dia akan datang dengan bini dan anak dia sebab dorang ada anak sorang je.aku panggil anak dia mak engku.anak dia pun dua kali lima macam mak ayah dia juga.semua garang namampus.jarang nak tgk dorang senyum.

jadi aku dan cousin lelaki aku adalah generasi kedua selepas anak dia sendiri yang ditekankan untuk hafal sifir.alhamdulillah dari pegawai bank dia tukar jadi penolong pentadbir uni lepastu dia pindah blik jadi pengurus pegawai bank.kata atuk usu,tu kesan dari dia hafal sifir yang bertahun lamanya.

aku pernah tgk gambar dia graduate kt uitm dulu.tapi ntah lah sarjana ke master anw pada mula-mulanya aku dipaksa hafal sifir,aku ketakutan.

sebab atuk usu aku cakap,kalau gagal kena berdiri atas padang dengan kaki sebelah naik atas selama sejam.dan kami diberi masa sejam sahaja untuk hafal sifir satu dan dua.

logiklah aku waktu tu baru lapan tahun.kalau berkait dengan nombor aku paling lemah.nak kira astu hafal lagi satu masalah.

jadi petang tu aku gagal.kena hukum for the first time.dia rotan aku:)

ya orang tua tu bawak rotan.sejak dari tu,bermacam helah aku buat semata nak elak dari dia.aku pernah lari dari rumah dengan cousin aku.tak jauh pun.belakang rumah je hahahaha.aku travel rumah jiran astu aku lepak dengan dorang astu aku menyorok sebab org tua tu pegi cari aku kat belakang rumah.

last tu ah aku buat masalah dengan muka menanvis lagi bila kena marah.benda tu berlanjutan sehingga aku naik ke tingkatan satu.barulah atuk usu aku berhenti dari soal aku.

maka giliran adik adik aku pula menyambung legasi kami ahahahaha.ada simpati ada seronok bila tgk dorang kena hukum.tapi cover ah kang tak pasal aku kena soal lagi.aku dah tak ingat lagi sifir.sebab bagi aku sesuatu yang menjadi kebencian harus aku padam serta merta.dan sebabtu kenapa aku dan math takde jodoh.

ad's high tea Where stories live. Discover now