**
Aku masih terdiam, hyunjin duduk di birai katil bersebelahan denganku, dia cuba untuk memegangku tapi aku terlebih dahulu mengelak darinya.. aku kuatkan diri aku untuk menatapnya
" apa semua ni hyunjin? " soalku, dia tergelak sinis dan memandang aku dengan tajam membuatkan aku tertunduk. Aku takut
Aku betul-betul takut, aku rasa dia bukan hyunjin yang aku kenal, dia lain
" pandang aku baby girl " hyunjin menarik daguku untuk menatapnya. Aku berusaha kuatkan diriku untuk menatapnya, mataku sudah berair menahan tangisan
" kau adalah milik aku dan kau perlu ada di sisi aku " katanya dengan alunan suara yang sangat menyeramkan, aku menepis tangannya lembut
" tolong lepaskan saya hyunjin, saya tak nak duduk sini saya nak balik " mohonku padanya, hyunjin memandang aku tajam membuatkan aku tertunduk semula. Dia sangat menyeramkan
" jangan panggil aku hyunjin aku tak suka nama lemah tu, jangan kau keluar dari rumah ni kalau kau tak nak mayat yoona dan chanyeol akan aku kerat-kerat di depan mata kau sendiri!! " kata hyunjin marah, dia terus keluar dari situ dan di ikuti oleh dua orang lelaki manakala yang lain tetap di dalam bilik ku
Mereka memandangku dan melepaskan keluhan kecil
" jangan pernah sebut nama hyunjin bila dia tengah marah, kau akan terluka yunjiee " kata lelaki itu dan mendekati aku
" nama aku felix dan dorang changbin, han , lee know dan bangchan " lelaki itu menunjuk ke arah satu persatu lelaki yang berada di situ
" aku harap kau dengar segala perintah hyunjin kalau tidak nyawa keluarga kau akan dalam bahaya " kata han dan membuatkan dahi aku berkerut
" kenapa perlu bahayakan keluarga saya? " soalku dan mereka semua menghembuskan keluhan kecil lagi
" hyunjin akan bunuh sesiapa sahaja yang menghalang dia bersama dengan miliknya " kata bangchan pula, aku terdiam, aku cuba menghadam apa yang bangchan katakan, miliknya?
" ta-tapi saya tak kenal hyunjin " air mataku mula mengalir, aku takut.. aku dapat rasakan yang aku tak selamat di sini
" kau hanya ikut apa yang kami cakap kalau tidak keluarga kau akan dalam bahaya " kata lee know
" kau duduk sahaja di sini nanti makcik Lee akan menghantar segala keperluan kau termasuk makanan, kami keluar dulu " kata changbin dan mereka berlima pun keluar dari bilik aku, aku masih terkaku di atas katil dengan tangisan yang mula terdengar esakan nya
YOU ARE READING
THE PERSONALITY || Hwang Hyunjin
FanfictionHwang hyunjin, seorang lelaki yang pendiam dan mempunyai keperibadian yang baik dan lemah lembut tapi dia juga boleh menjadi seorang lelaki yang kejam dan menakutkan apabila dalam api kemarahan atau pun mengenai pujaan hatinya Hwang Hyunjin lelaki p...