HADIS 22
Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
"Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah swt (masjid), membaca al-Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan 'sakinah' ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah swt menyebut-nyebut mereka dalam kalangan malaikat yang berada di sisi-Nya."
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
YOU ARE READING
FADHILAT AL-QURAN (OG)
SpiritualBismillah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya selama kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah(Al-Quran) dan sunnahku." (Riwayat al-Hakim)