0

3.9K 146 7
                                    

Jubah yang tersarung di badannya dirapikan. Tudung yang menutup kepalanya dilipat kemas di bahagian tepi muka. Wajahnya yang berdiri dihadapan cermin dipandang dengan senyuman yang terukir manis. Dia berharap dia terus kuat untuk berhijrah ke jalan-Nya demi kehidupan yang lebih baik.

Setelah puas dengan penampilannya, Hana terus bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Hari ini dia dijemput sahabatnya ke majlis anaknya yang baru sahaja dilahirkan.

"Hana." Tubuhnya dipeluk erat oleh Aira. Hana tersenyum. Pelukan dibalas.

"Terima kasih datang."

"Sama- sama. Tak akan lah aku tak nak datang majlis anak kau. Mana baby?"

Aira memimpin Hana masuk kedalam rumahnya. Masih terdapat keluarga sahabatnya yang masih berada di rumahnya.

"Maaf tau aku lewat sikit datang. Aku ingat nak balik kerja awal tadi tapi ada client papa aku yang kena jumpa."

"It's okay. Kau dah datang ni pun aku dah bersyukur."

Hana tersenyum. Kepalanya menunduk memandang bayi yang berada di dalam katil bayi.

"Baru bangun ke?" Soalnya. Bulat betul mata anak perempuan Aira. Tangannya mengusap lembut wajah bayi.

Aira mengangguk.

"Tadi baru bagi dia susu tu mata terus celik je." Aira terus mengangkat anaknya kedalam dukungan.

"Comelnya anak kau. Rindu pula aku dengan bau baby." Serta merta Hana teringatkan kisah lima tahun yang lepas. Dia mengeluh perlahan. Mengapa dia sangup meninggalkan Inara ketika dia masih kecil lagi. Melayani Inara dengan baik pun dia tidak dapat berikan seperti ibu lain diluar sana. Kesiannya anaknya.

"Hana..."

Tersedar Hana dari lamunannya.

"Kau okay?"

Terselit senyuman nipis dibibirnya.

"Aku okay. Nak dukung baby."

Hana hulurkan tangan saat Aira meletakkan bayi kedalam pangkuannya dengan penuh berhati- hati.

"Muka dia banyak ikut Megat." Ujar Hana. Wajah si comel Melisa banyak mengikut wajah suami Aira. Cumanya bahagian bibir sahaja mengikut Aira kerana bibir Aira agak kecil.

"Itu lah. Keluarga aku pun cakap muka Melisa banyak ikut muka Megat. Anak daddy lah katakan. Sejak lahir haritu, Megat layan betul Melisa ni. Dapatlah aku berehat juga lepas seharian jaga."

"Baguslah. Untung kau dapat Megat sayang kau sangat- sangat. Semua kerja dia tolong."

"Sama lah macam Imran kan."

Terdiam. Hana tidak memberi sebarang respon. Kepala menunduk memandang Melisa. Diagah-agak bayi perempuan itu.

"Kau mesti rindu baby kan. Taknak balik semula pada Imran ke?" Sengaja Aira menyoal. Hana mengangkat wajah memandangnya.

"Imran tak bersedia lagi." Hana mengeluh halus. Mengingatkan Imran, hampir lima bulan juga mereka tidak berjumpa setelah Hana terpaksa ditukarkan ke Johor.

"Kau tak nak pikat hati dia semula ke?"

"Malu aku Aira." Jawabnya. Hana yang dahulu dengan yang sekarang sangat berlainan. Dulu dia agak mengada apabila bersama dengan Imran. Mungkin Imran pernah rasa rimas dengannya. Tetapi sekarang berbeza sejak Imran menolaknya setahun yang lepas. Dia agak malu jika mahu mulakan dahulu. Kalau ada jodoh dengan Imran, dia akan terbuka dengan semua itu.

"Jangan lambat- lambat Hana. Takut kena kebas nanti." Hana sudah merenung tajam.

"Janganlah doa macam tu." Hana mencebik.

Tergelak Aira.

"Aku cakap je."

"Tapi kau macam mendoakan Imran jumpa perempuan lain."

"Taklah. Aku selalu berdoa yang Imran dan kau akan kembali semula. Inara perlukan kasih sayang kau berdua. Lima tahun dah Hana, kau kena bertindak."

Hana termenung seketika. Ya, dia perlu bertindak sebelum Imran menjadi milik orang lain.

❤️❤️❤️


Assalamualaikum semua Terima kasih kerana masih menyokong saya

Semoga cerita baru ni dapat sambutan ramai. Jangan lupa sentiasa vote dan comment untuk menambahkan lagi semangat saya nak menulis😍

Stay tuned untuk next update😘

KEMBALIKAN IKATAN CINTA KITA (Completed)Where stories live. Discover now