Epilouge

307 82 0
                                    

Sebelum meninggalkan dorm kepunyaannya, Khadeejah memanggil akak dorm nya yang satu itu.

Kak Wani... Kita nak minta tolong yang kali terakhir boleh?

Apa dia?

Satu paperbag yang bersaiz sederhana besar dihulur kepada Kak Wani.

Kita percayakan Kak Wani.... Boleh tak Kak Wani tolong bagi kat dia? Kalau dia tanya sapa kasi cakap je 'adalah' .

Kak Wani mendekatkan bibirnya pada bahagian telinga kanan Khadeejah yang berlapik dengan tudung dua lapis warna hitam itu.

Harraz ke?

Khadeejah hanya mengangguk.

In Sha Allah, malam ni akak bagi.

Paperbag bertukar tangan, lalu tubuh Kak Wani dirangkul Khadeejah semula.

Thanks Kak Wani sebab sudi terima Deejah sebagai adik dorm. Deejah minta maaf sbb slalu kurang ajar, tapi akak masih layan Deejah dengan baik. Deejah sayang Kak Wani...

Pelukan dibalas.

Kak Wani pun sayang Deejah jugak...

_______________________________________

5Al-Biruni, 9.55 p.m.

Sedang Harraz mengemas ii alat tulis serta buku ii nya usai sahaja untuk kelas prep malam, tiba ii mejanya diketuk oleh seseorang.

Ianya Wani.

Ya Wani, kenapa?

Wani hanya menghulurkan paperbag yang bewarna putih bertali coklat itu kepada Harraz.

Harraz memandang diri Wani dengan pandangan seperti teragak ii untuk mengambilnya.

Alahh ko ni ambil jelah. Ada orang kasi.

Ohh Terima Kasih.... Siapa orangnya?

Adalah... orang tu dah tkde-

Hahh?

Takde papelah. Nah amiklah ini. Jaga leklok jangan kasi rosak.

Wani meletakkan hadiah tersebut di atas meja milik jejaka tampan itu lalu berunsur pergi bersama rakan ii nya yang lain.

Harraz memandang paperbag yang diberi sebentar tadi.

Amende tu Raz?

Persoalan Fawwaz dibalas dengan jungkitan bahu. Dirinya pun masih curiga macam mana boleh dapat hadiah daripada seseorang yang tidak dikenalinya.

______________________________________

Asrama Putera, 12.00 a.m.

Sebelum Harraz sempat memejam mata, dia teringat akan hadiah yang dikirim oleh Wani sebentar tadi. Lantas, dirinya bangun lalu menghampiri lokernya.

Beg Kertas itu diambil lalu dibuka perlahan ii bagi mengelakkan ada kesan koyakkan. Cermat kan Harraz? Hehehh-

Apabila dilihat isi dalam beg kertas tersebut, didapati ada satu anak patung berbentuk kucing yang sangat comel. Matanya bersinar, material kain yang digunakan pun sangat lembut. Didapati ada sulaman huruf '𝓓' pada kawasan belakang anak oatung itu.

Jika difikirkan semula, patung tersebut mengingatkan dirinya terhadap anak kucing peliharaan kelasnya.

Selain itu, beberapa manisan turut diletakkan dalam paperbag tersebut seperti Ferrero Rocher, Berlys dan Kisses.

Ada sesuatu yang menarik perhatian dirinya iaitu satu sampul surat yang berisikan sehelai kertas A5 yang dilipat.

Harraz membuka lipatan surat tersebut.

•••

Assalamualaikum w.b.t,

   Buat penerima  yang bernama Aliff Harraz, saya harap awak suka hadiah yang tidak seberapa ini.

Tujuan saya bagi hadiah ni adalah untuk berterima kasih dan memohon maaf atas segala salah silap saya dahulu. Walaupun anda tidak berapa mengenali saya, dan saya tak pasti kalau anda mengingati nama saya ini, tapi saya tetap ingin berterima kasih kepada Harraz kerana telah banyak bersabar dengan karenah saya yang bukan ii.

   Maaf tentang kes sewaktu dipadang, di dewan makan, dan lain ii waktu. Saya sungguh tak sangka banyak juga perkara memalukan yang tidak beradab saya buat dihadapan ramai orang. Saya harap situasi seperti ini tidak akan berulang kenbali di tempat baru.

   Semoga anda sentiasa kekal dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T . In sha Allah, anda boleh menjadi antara orang ii yang beriman. Goodluck SPM tahun ni, sehingga bertemu lagi. Bye!

Yang benar,
N.A.K


[✓] 𝘽𝘼𝘿𝘼𝙍 | 𝙋𝙖𝙧𝙠 𝙎𝙪𝙣𝙜𝙝𝙤𝙤𝙣Where stories live. Discover now