♡ 21 PESANAN BERMAKNA ♡

68 5 2
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Walaupun kita miskin,tapi bila kita ada agama,kita bahagia”

“Kita solat bukan sebab kita baik,tapi sebab kita hamba Allah”

“Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia”






“Ketika kita ingat Allah,Allah ingat kita.Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

“Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah,tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

“Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati.Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang lain.”






“Kemusnahan hidup seseorang adalah apabila dia bersangka buruk terhadap sekelilingnya dan kemuncak kemusnahannya apabila dia mula bersangka buruk dengan tuhan.”

“Tak mengapa kalau orang hina atau aibkan kita.Kita hidup bukan untuk penghormatan manusia.Tetapi untuk Allah sayang.”

“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya.Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya/dagingnya.Sebaik-baik manusia pasti ada buruknya.Seburuk-buruk manusia pasti ada baiknya.Buang yang keruh ambil yang jernih.Carilah kebaikan dalam buruk manusia,itu akhlak.Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri,itulah ikhlas.”






“Untuk Allah bantu kita,kita kena dapat doa orang yang makbul doanya.
Pertama doa mak ayah kita.
Kedua doa isteri.
Ketiga doa orang yang baik ² serta kawan² kita walaupun melalui ucapan di Facebook.Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

“Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

“Biar apa orang nak kata,yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”






“Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan.Tetapi akhirnya tiada apa yang kita dapat.Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

“Dalam hidup ini,kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita.Bila Allah sayang dia beri kebaikan,dia beri kita hati yang tenang.Jadi kita kena banyak puji tuhan.”

“Bila kita dakwah orang,tapi orang tak dengar,kita doa ; Ya Allah, mereka tak tahu tak faham,mereka lupa.Ya Allah berikanlah hidayah kepada dia.”






“Segala benda tak ada yang kebetulan,tak sengaja dan sengaja,itu semua Allah dah aturkan.Allah dah pertemukan.Tujuannya untuk kebaikan.”

“Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga.Allag jadikan mereka untuk melengkapi kita.Pasti tidak ada silap.
Yang silap hanya bagaimana kita menyingkapi dan melaluinya.”

“Semua orang ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”






“Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak,yang penting Allah nampak.”

“Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang.Cinat itu akan kekal.Tapi jika cinta itu selain dari itu belum ada jaminan apa-apa.Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

“Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia.Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah.Anugerah yang sebenar -benarnya adalah daripada Allah.Orang yang paling disayangi ramai boleh dibenci sekelip mata.Tetapi itu tidak penting apabila Allah sayang.”

Islamic Quote Where stories live. Discover now