fifteen

708 142 12
                                    

"Ha? Iya..", Balas Gowon, dia melarikan anak matanya daripada bertembung dengan anak mata lelaki itu.

"Sunbae- maksud Jisung Noona.."

"Noona mahu jadi girlfriend Jisung?", Dia memejam kedua matanya sambil menundukkan wajah kebawah.

Gowon ketawa kecil. Lantas badan tinggi itu dipeluknya erat sebelum dia menghadiahkan satu ciuman di dahi lelaki itu.

"Jisung ni comelah! macam mana Noona mahu reject Jisung kalau Jisung comel macamni..", Pipi lelaki itu ditekupnya sebelum dicubit kuat.

"Sakit Noona..", Rintihnya.

Gowon mencuit hujung hidung mancung milik lelaki itu.

"Jadi sekarang, Gowon tak mahu Jisung panggil saya Noona atau Sunbae. Panggil saya Gowon", Arah gadis itu membuatkan Jisung tersenyum manis.

"Baik Tuan Puteri", Dia menundukkan badanya sebelum rambut gadis itu dirosakkan.

"Jisung.."

"Kenapa? Tadi awak boleh je cubit saya?"

"Jadi Jisung marah Gowon?"

"Tak sayang, perempuan mana pernah salah", Balas lelaki itu sebelum tanganya diletakkan di bahu sambil matanya dijulingkan keatas.

"Jisung Hodoh"

Mengendur senyuman lelaki itu selepas  mendengar kata kata yang keluar dari mulut gadis itu.

"A-apa?"

"Tiada!", Gadis itu berlari keluar dari tempat itu. Sempat dia melambaikan tanganya keudara kepada lelaki itu.

Jisung ketawa kecil.

Comel

NoonaWhere stories live. Discover now