|| 48 ||

263 49 55
                                    

BAM!

" Jaehyun hyung! " aku hempas kuat pintu bilik dia, Jaehyun hyung pandang muka aku dengan muka yang langsung takde riaksi

Dia macam dah tahu apa tujuan aku datang sini

" hyung! Betul ke hyung dating! Dengan idol perempuan? Seriously??? "

Dia bangun daripada duduk di katil. " tak pun. Aku saja je buat news macamtu "

Dia ni biar betul? Dah takde kerja sangat ke?!

" hyung dah gila ke? Tergamak hyung tipu semua orang? Nctzens? Nuna? Kenapa hyung buat macamni- "

" JUNG SUNGCHAN! " Jaehyun hyung pegang kuat kedua belah bahu aku. Aku tergamam, muka dia serious sangat

Buat aku jadi takut

Badan aku mula menggigil bila pandangan tajam dia beri pada aku. Serious talk aku tak pernah nampak muka dia yang macamni SERAM ODOE

" nuna kesayangan kau tu dah ada orang lain. Dia dah ada pengganti dah. Aku nampak sendiri and kau rasa aku tak sakit hati? Hm? So sebagai balasan aku buat benda yang sama. Biar dia sakit hati juga! "

Bahu aku ditolak kasar. " what do you mean nuna dah ada pengganti? "

Lidahnya ditolak ketepi sebelum membalas

" tu semua kau tak perlu tahu lah. Yang jelas dia dah sakitkan hati hyung! Sungchan, hyung tahu hyung salah sebab tinggalkan dia dulu tapi- "

Kami memandang kearah pintu rumah bila semua orang mula berkumpul. Mungkin diorang pun dah tahu pasal Jaehyun hyung tu

" Jaehyun, apani?! " Taeyong hyung tunjukkan screen phone nya yang memaparkan berita tentang Jaehyun hyung

" ARGHHHH " kami semua panik bila Jaehyun hyung menjerit kuat. Kepalanya dipegang, nampak macam dia sakit

" h-hyung.. " aku cuba dekati dia tapi aku ditolak kasar

" jauh! " dia berlari keluar. Kami semua ikut dia hinggalah ke dapur

" JAEHYUN JANGAN! " Yuta hyung menjerit bila Jaehyun hyung ambil pisau dan letak dipergelangan tangannya

" JANGAN DEKAT ATAU AKU KELAR TANGAN AKU " kata dia separuh menjerit. Tapi boleh nampak yang Jaehyun hyung..

Menangis?

" Jaehyun jangan buat kerja gila! Letak pisau tu dan kita bincang elok elok- "

" tak ada apa yang perlu dibincangkan hyung! Aku penat lah penat! Semua orang tak pernah nak faham aku. Semua orang nak halang aku buat apa yang aku nak buat. Aku nak bersama dengan Jarim pun tak boleh sampai kena berpisah. Johnny hyung, minggu lepas masa aku jumpa Jarim. Dia kata dia gembira dapat jumpa aku tapi sekarang kenapa senang senang je dia cari pengganti? Aku susah tidur sebab selalu fikirkan dia tapi- "

Kami semua terdiam dengar luahan yang tak disangka akan keluar dari mulut Jaehyun hyung

Pisau tadi terlepas dari tangan Jaehyun hyung. Tapi, Jaehyun nampak macam tak bermaya

Akhirnya dia pengsan

---

" Jarim, kau okay ke tu? "

" hm okay, jangan risaulah " balas dia dari dalam bilik. Sejak balik dari rumah Taehyun tadi dia langsung tak keluar dari bilik

" aku dah masak dinner ni, jom makan? "

" takpe aku dah kenyang. Aku nak tidur "

Irene hanya mampu menghela nafas panjang di depan pintu bilik Jarim. Terpaksa lah dia makan sorang sorang

Jarim selubungi dirinya guna selimut. Bila sedih, itu saja lah yang dia akan buat

Kemudian menangis. Menangis sepuas hati

" kenapa Jaehyun buat aku macamni? Jihyun macam mana nanti? Kalau dia dah ada orang lain, mustahil lah dia akan datang dihari kelahiran Jihyun nanti.. "

Perutnya diusap sambil dia menangis teresak esak. Tiba tiba perutnya terasa sesak, seperti Jihyun didalam menendang perutnya

" eo, Jihyun ah wae? " Jarim teruskan mengusap perutnya hinggalah Jihyun berhenti menendang

" Jihyun ah, kalau appa dah ada orang lain. Maksudnya appa dah tak sayang eomma lah? Macam mana kita nak hidup nanti? Eomma taknak Jihyun besar tanpa kasih sayang appa.. "

Mana mungkin dia biarkan anaknya membesar tanpa seorang appa. Semestinya, dia mahu Jaehyun selalu ada disisi nya

" Jihyun ah eotteokke? Eomma taktahu lagi nak buat apa. Eomma pun nak appa ada dengan kita sekarang.. "

" Jihyun ah eomma penat "

Walau macam mana dia cuba untuk sorok tapi kalini dia dah tak sanggup. Dia betul betul perlukan Jaehyun sekarang

- to be continued -

Words kalini 631 je selalunya 1000+ hshshs
Aku takde idea plus cadang nak delete ff ni sebab rasa useless la update kalau orang baca + vote tapi tak comment :)
Lagipun semua orang mesti busy dengan sekolah so aku tak rasa diorang ada masa nak baca cerita merepek aku ni :(

housekeeper Where stories live. Discover now