[S2] Makcik Zulaikha 🌙

223 56 11
                                    

Hari ini sudah masuk hari raya kesepuluh namun kehangatannya masih terasa.

Buktinya?

Jemputan rumah terbuka masih banyak yang belum dihadiri, kumpulan kanak-kanak yang batak duit raya juga masih berkeliaran.

“ TIHAH!!! " kuat suara Puan Suhaidah memanggil anak perempuannya.

Fatihah yang sedang bersenang-lenang di biliknya terkejut. Nasib baik dia tiada penyakit jantung.

Kalau tidak Seungkwan dah jadi duda rasanya.

“ Astaga mak ni, kalau tak jerit tak sah agaknya. Terkejut aku... " gumamnya perlahan. Terus dia bangkit dari katil dengan senyap supaya Seungkwan yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya tidak terjaga.

++++++

“ Iya mak? Kenapa panggil Tihah? " kepala yang langsung tidak gatal digaru.

“ Tolong mak goreng bihun, makcik kamu nak datang beraya sini. " arah sang ibu sambil tangannya sibuk memotong sayur-sayuran.

“ Ah boleh je. Tapi makcik yang mana satu? " soal Fatihah.

Maklumlah ramai makcik.

“ Alah makcik kau yang kepohci tu. "

“ Makcik Zulaikha? " dia menjongketkan kening sambil menunggu jawapan dari ibunya.

“ Itu jelah makcik kau yang terpaling kepoh Tihah oi, ini kejap lagi dia datang tak tahulah macam mana. Kena sediakan kapas kot, sumbat kat telinga. " Puan Suhaidah mengeluh.

Tapi dah orang nak datang, tak akan nak halau? Tak baik pula macam tu.

“ Alah kenapa mesti dia? Tak ada makcik lain ke, Tihah menyampah betul dengan dia. Masa kahwin hari tu, macam-macam dia tanya. "

“ Nak buat macam mana, dah dia nak datang. Oh, dia tanya apa kat kamu? "

“ Dia tanya, kenapa kahwin dengan lelaki Korea? Lelaki sebangsa kamu dah mati ke sampai kamu pilih si muka jambu ni? " Fatihah menggulingkan mata tanda menyampah dengan soalan itu.

“ Haih, dia memang macam tu. Dari dulu lagi. Kamu hadap sajalah nak oi! " Puan Suhaidah mengusap lembut bahu anaknya.

“ Huhu. Okeylah. Mana bihunnya? " Fatihah menghela nafas, tanda tabah mempunyai makcik sekepoh itu.

“ Mak simpan dalam almari atas. "

“ Memang Tihah sampai pun nak ambil kan? "

“ Suruh laki kamu ambilkan. " jawab Puan Suhaidah selamba.

“ Dia tengah tidur tu mak. Tak akan nak kejutkan semata-mata untuk ambil paket bihun? "

Of course, why not? "

“ Tak apalah, Tihah panjat kerusi jelah. " terus kerusi yang berada di sebelah peti sejuk dicapai.

++++++

“ Yey bihun goreng buatan Fatihah dah siap muahahaha! " sudip dicampak perlahan ke tepi.

Nasib baik Puan Suhaidah tak nampak.

“ Dah siap? Bagus anak mak. Biar je situ. Nanti mak hidangkan kat depan, kamu pergi kejutkan laki kamu tu. "

“ Baik~ "

++++++

My bebi boo, bangunlah... " bahu Seungkwan digoncang perlahan.

“ Huarghhh...dah pukul berapa ni? " lelaki bermarga Boo itu mengeliat kecil.

“ Dah pukul 11 pagi awak. Lama sungguh awak tidur. Itulah, sakan sangat join Nazmi merempit malam semalam. Kan dah penat. " Fatihah mencubit pipi suaminya kuat.

“ YAH SAKIT! Eii awak ni, saya bonceng Nazmi je semalam, tak tahu kenapa penat sangat. " Seungkwan mengusap pipinya yang mula kemerahan akibat dicubit.

“ Apa-apa jelah bebi boo oi, pergi mandi cepat. Kejap lagi makcik saya nak datang beraya sini! " terus Fatihah menolak tubuh Seungkwan untuk bangun dari katil.

“ Makcik mana pulak? Yang kita balik Kedah tu apa? " soal Seungkwan bertubi-tubi.

“ Makcik saya yang ni tak duduk Kedah, dia duduk negeri lain. Dah, dah! Pergi mandi, busuk! "

“ Busuk eh? Meh sini saya peluk awak, biar kita sama-sama busuk! " Seungkwan terus memeluk isterinya erat.

“ Eii awak janganlah! " Fatihah cuba melepaskan diri dari pelukan tersebut namun tubuh Seungkwan lebih kuat darinya dan mereka tak sengaja berada dalam keadaan on top.

“ Nak lari mana sayang? "

“ Yah awak ni! "

Saat aksi hangat itu berlaku, Puan Suhaidah tiba-tiba membuka pintu bilik mereka dan—

“ Opss...mak kacau korang ke? Maaf ya, teruskanlah aktiviti korang tu, hoho bye bye! " terus pintu ditutup rapat.

“ Nampak, mak awak dah bagi lampu hijau, why not? " Seungkwan tersenyum nakal.

“ T-Tak...cerita dia sekarang ni saya suruh awak mandi tau? Eii pergilah mandi! " wajah Fatihah sudah mula kemerahan, tak ubah seperti sebiji tomato.

“ Tahu takut. Ha, nanti saya nak makan rendang tau? Okeylah saya mandi dulu~ " Seungkwan bingkas bangun dan berlalu ke bilik mandi.

“ Bencilah gini! Suka buat orang blushing! " Fatihah menampar-nampar perlahan pipinya.

++++++

“ Yo Seungkwan! Bangun pun kau, nak ikut aku merempit lagi tak malam ni? Lepas tu kita bakar rumah— I mean lemang. " soal Nazmi yang sudah terpacak di meja makan.

No thanks. " jawab Seungkwan ringkas.

“ Eleh penatlah tu. "

“ Diam lo Nazmi. Aku sumbat ketupat dalam mulut kau kang. "

“ Kau— " belum sempat Nazmi menghabiskan ayatnya, kedengaran bunyi hon kereta di halaman luar rumah.

PON PON!

“ Datang dah dia, makcik paling annoying di abad ini. " kata Fatihah sambil menjeling ke arah luar rumah.

“ Itulah itu. Kalau dia tanya aku pasal girlfriend memang aku simbah air ni kat muka dia. Kisah apa aku dia tua ke apa. " Nazmi membalas sambil gelas yang berisi air sirap bandung digenggam kuat.

Seungkwan yang melihat sekadar tertanya-tanya.

Annoying sangatkah Makcik Zulaikha sehinggakan dua beradik itu betul-betul bencikannya?



++++++

Soooo...
Ada ke yang menunggu?
Sorry tau.

Lagipun sekarang tengah SPM uhuhuhu~

Lama sangat aku tak update ni, haish teruk sungguh.

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now