Chapter 3

207 16 0
                                    


22nd December 2020

"Oii !!! Bukak pintu niee bangun !!!!" Jerit kakak Kageyama iaitu Miwa Kageyama dari luar bilik Kageyama sambil mengetuk pintu bilik Kageyama .

Kageyama yang terjaga kerana sedar yang pintu biliknya akan roboh tersebut terus gelabah membuka pintu dan melihat kakaknya yang sedang bercekak pinggang berada di hadapan pintu biliknya .

"Ye ne-san , ada apa ??" Tanya Kageyama yang masih mengantuk kerana tidak cukup tidur semalam .

"Kau memang taknak pergi skolah ke Tobio ! Pergi mandi sekarang ! Ambik towel nih ! Gi mandi !" Marah Miwa lagi sambil menolak Kageyama turun ke tingkat bawah untuk mandi .

Kageyama hanya mengabaikan kakaknya yang seperti singa betina . Mengamuk tak tentu pasal pagi - pagi .

Selepas mandi , Kageyama seperti merasakan ada sesuatu di tapak tangannya yang tidak pernah dirasai sebelum ini . Kageyama melihat telapak tangannya dan ternampak dua garis hitam di tangannya .

Kageyama agak tersentak apabila melihat dua garis hitam tersebut . Dia cuba mengabaikan dua garis hitam tersebut tetapi ... tidak berjaya . Dia bercadang akan memberitahu Hinata tentang perkara ini didalam perjalanan ke sekolah .

Kageyama turun ke bawah seperti biasa selepas bersiap dan membuka pintu depan rumahnya . Terlihat lagi Hinata yang sedang menunggunya dengan tenang di hadapan pintu sambil tersenyum . Senyuman Hinata membuatkan Kageyama rasa amat bersalah sekiranya dia menunjukkan dua garis hitam ditangannya tersebut . Dia mahu Hinata terus tersenyum dan senyuman yang diukir tersebut tak akan pernah pudar . Selagi dia hidup , dia mahu melihat senyuman itu . Tapi , apakan daya , senyuman itu akan hilang dalam masa beberapa minit lagi .

Seperti biasa , dalam perjalanan ke sekolah , Hinata akan menceritakan segalanya tentang apa yang dilalui olehnya sebaik sahaja pulang dari sekolah semalam hinggalah dia bangun pada pagi hari . Kageyama sudah terbiasa , jadi dia hanya menghiraukan sahaja segala cerita Hinata itu .

Dan secara tiba - tiba , Kageyama teringat tentang garis hitam yang ada ditangannya .

"Urm .. Hinata ?" Hinata melihat Kageyama sambil tersenyum 'excited' .

"Aku nak bagitau something nie - tapi kau jangan sedih tau ..." Hinata mengangguk dengan laju kerana dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi (terlebih innocent)

"Sebenarnya ..." Kageyama menunjukkan dua garis hitam ditangannya kepada Hinata . Hinata memandang Kageyama yang menundukkan kepalanya lalu bertanya .

"Kenapa ?" Kageyama melihat Hinata . Rasa sedihnya tadi tiba - tiba hilang dan berganti dengan rasa 'aku nak ketuk kepala budak oren nie' .

"Ish kau nie ! Semalam kemain sedih cakap kat aku jangan mati lah apa lah ! Harini birthday aku kan ! Kan orang dah kata kalau satu garis maknanya selamat and dua garis maksudnya akan mati !" Kageyama menutup mulutnya selepas dia dah sedar apa yang dikatakannya .

Hinata menyengetkan kepalanya ke kanan sedikit .

"K - kau cakap apa tadi ? K - kalau dua g - garis ... m - mati ?" Kageyama terpaksa mengangguk . Hinata makin muram dari semalam .

"H - hoi Hinata ! Jangan la macam nieee !! Aku sihat jelahh !!" Hinata hanya berdiam diri apabila mendengar kata - kata Kageyama .

"Memang la aku akan mati , tapi .. kita tak tau bila maybe lagi 5 tahun ke ? And nanti kau dah ada kawan baru and kau dah lupakan aku . Kau dah dapat setter baru , kau dah tak perlukan aku so buat apa kau nak sedih - sedih lagi . Nanti kau akan dapat setter yang paling hebat dalam dunia . E - eh .. siapa eh ... urm .. Ha !! Miya Atsumu , dia hebat kan ? Kan ? Kan ? Nanti dia akan jadi kau punya setter and kau akan always score takkan pernah miss macam mana kau main dengan aku . So tak yah la sedih sedih lagi eh . Lagipun kita baru rapat time nie , and masa kita dekat Karasuno lagi dua tahun and lepastu kita tak tau kita akan pergi mana . Mungkin kau akan pergi tempat lain aku pergi tempat lain kita berpisah . Lepastu kita jumpak balik and -

Kageyama tergamam kerana Hinata menampar mukanya tanpa ragu - ragu . Kageyama memegang pipinya yang ditampar tersebut . Tidak pernah Hinata menyentuh mukanya walaupun sedikit . Ini adalah kali pertama Hinata menyentuh mukanya .

"O - ow ." Kata Kageyama sambil memegang pipinya yang tidak seberapa sakit tersebut .

"Jangan sebut apa - apa pasal setter ! Kau adalah setter terbaik yang aku pernah jumpak dalam hidup aku ! Ye aku tau ! Miya Atsumu lagi hebat dari kau lagi pandai dari kau but - rasa dia takkan sama macam rasa yang aku ada bila aku duduk dengan kau !" Marah Hinata lalu berlalu pergi meninggalkan Kageyama seorang diri .

Kageyama masih terkaku , tak tahu nak buat apa lagi . Dia hanya melihat sahaja Hinata pergi meninggalkannya . Dia tidak menyangka sebegitu sekali pentingnya dia kepada Hinata . Hinata menyayanginya seperti keluarganya sendiri . Hinata mempercayainya seperti keluarga sendiri .... Hinata meletakkan semua kepercayannya kepada Kageyama .. tetapi mengapa Kageyama tidak merasa sebegitu rupa . Dia tidak pernah menyayangi Hinata seperti mana Hinata menyayanginya . Dia tidak pernah mempercayai Hinata seperti mana Hinata mempercayainya . Dia tidak pernah meletakkan semua kepercayaannya kepada Hinata . Sekarang , baru dia sedar yang , dia sudah berbuat bermacam kesalahan kepada Hinata . Tetapi Hinata tidak pernah sekalipun berdendam dengannya , tidak pernah sekalipun memarahi Kageyama tentang perkara tersebut . Hinata hanya berdiam diri sahaja . Sekarang , Kageyama sudah tahu segala - galanya .

'Aku .. tak layak jadi kawan kau , Hinata ...' Bisik Kageyama didalam hati . Dia hanya menyambung perjalanannya ke sekolah . Mujurlah hari ini , dia tiada satu pun kelas yang sama seperti Hinata .

S
K
I
P

T
I
M
E

Sayonara ~ (KageHina au)Where stories live. Discover now