[S2] Bila Nak Ada Anak? 🌙

241 47 63
                                    

“ Ha lama aku tak datang rumah kau, Idah. Sama je deko rumah kau? Tak class langsung. Rumah aku setiap tahun tukar dekorasi, baru high class! " sebaik sahaja Makcik Zulaikha masuk, itulah komennya.

Puan Suhaidah hanya mampu memalsukan senyumannya, kalau ikutkan hati, nak saja dia hempuk kakaknya itu dengan dulang.

“ Ala kak. High class macam mana pun, nanti kau mati guna kain kafan warna putih juga. Tak adanya guna kain sutera ke apa. Dah, pergi duduk sana. Aku nak ke dapur. " Puan Suhaidah menolak perlahan tubuh kakaknya.

Makcik Zulaikha membetulkan kaca mata miliknya, melihat ke arah anak-anak adiknya yang elok duduk di sofa.

Seungkwan yang melihat hanya tersenyum kaku.

“ Ha Nazmi, apa cerita kau? Dah jumpa pengganti untuk girlfriend kau yang buaya tu? Opss, maaf. Makcik termengumpat pula hoho~ " wanita 40-an itu ketawa dengan penuh diva, siap berkipas bagai.

Nazmi yang tadinya tenang, mula berapi. Mungkin suhu badannya sudah lebih 36 celsius.

“ Sabar bang sabar... " Fatihah mengusap perlahan belakang abangnya.

Seungkwan jadi terkedu.

“ Boleh tahan laser mulut makcik ni. Patut pun dengan mak sekali menyampah. " dia sekadar menggoyangkan kaki, tak berani nak bersuara.

Dan selepas itu, pandangan Makcik Zulaikha beralih kepada Seungkwan.

Lelaki bermarga Boo itu mula cuak.
Entah apalah makcik ni nak cakap dengan dia?

“ Ini kan suami kau, Tihah? Walaupun dia dah masuk Islam makcik masih tak berkenan. "

Dan sudah tentunya ayat itu menusuk ke hati Seungkwan.

Tapi dia masih tenang.
Berpura-pura sajalah tak faham Bahasa Melayu!

“ Tak, apa masalah makcik sebenarnya? Mak dengan abah restu je hubungan kami. Makcik siapa ya nak judge saya? " entah bagaimana, Fatihah berani untuk melawan semula kata-kata laser milik makciknya.

Selama ini dia berdiam saja kalau mulut laser itu mula berbunyi.

“ Sejak kau kahwin dengan mamat Korea ni, makin kurang ajar ya? Mesti dia yang ajar kau kan? Sebab tulah aku tak berkenan— "

BANG!

“ Ha, orang dah sediakan air ni. Minum ya kak? Kalau tak aku hempuk kepala kau macam aku hempuk dulang ni ke meja tadi hehe. " Puan Suhaidah sekadar tersenyum dan kemudian duduk di sebelah anak lelakinya.

Makcik Zulaikha hanya diam, terkejut agaknya.

“ Tak cukup manislah air ni Idah, rumah kau dah habis stok gula ke? " soalnya sebaik sahaja air teh aisnya habis diteguk.

“ Akak complain tapi habis juga air tu, akak ni betul ke tak betul? " Puan Suhaidah terus menjeling kakaknya.

Whatever, ha Tihah. Makcik tak habis lagi dengan kau. "

Fatihah baru sahaja hendak mencapai balang kuih yang berada di hadapannya, terus terhenti.

“ Ada apa lagi makcik? "

“ Kau tu, bila nak ada anak? Ke suami kau tak mampu nak bagi? " soalan Makcik Zulaikha membuatkan Seungkwan tersedak air yang dihirupnya.

“ Amboi makcik ni, nak persoalkan kelelakian aku ke macam mana? " soalnya di dalam hati.

“ Makcik ni memang tak reti sabar ke? Saya dengan dia baru kahwin, tak akan terus nak ada anak? "

“ Makin kurang ajar kau ya. "

“ Kak, dia kurang ajar sebab kau yang uji kesabaran dia. " celah Puan Suhaidah.

“ Eh, anak aku yang sulung tu, sebulan kahwin dah mengandung. Tak akan anak kau tak boleh? " balas Makcik Zulaikha, tidak mahu kalah dengan adik sendiri.

“ Anak kau tu dah gatal sangat. Sebab tu sebulan kahwin dah berbadan dua. "

Jawapannya yang diberi Puan Suhaidah membuatkan anak-anak dan menantunya went—

OOOHHHHHHH SAVAGE!!!

“ Ah! Pedulikan! Kau tu bila nak bercucu? Err...aku dah ada sorang cucu tau! " makcik terciduklah tu.

Sebab tu tiba-tiba jadi gugup.

“ Aku tak kisah, aku taknak paksa dia. Kalau diaorang dah bersedia, adalah anak tu. " jawab Puan Suhaidah dengan tenang.

Namun tidak bagi Fatihah. Dia rasa kecewa.

Hina sangatkah berkahwin dengan lelaki yang tidak sebangsa?

Hina sangatkah dia masih tidak berbadan dua?

Seungkwan yang melihat perubahan air muka isterinya, turut kecewa. Dia sendiri rasa marah dengan Makcik Zulaikha.

Dia hendak mempertahankan dirinya. Tapi, siapalah dirinya untuk melawan?

Dia juga rasa kasihan dengan Nazmi, tak patutlah Makcik Zulaikha perli sampai sebegitu rupa.

Walaupun Nazmi nampak saja hanat, tapi dia ada hati dan perasaan juga.

Seungkwan terus menunduk, memandang permaidani yang dibentangkan. Tak tahulah nak buat apa sekarang.

++++++

fanfic ni dah nak cecah 10k reads!

another book by me yang berjaya sampai ke angka tersebut! ✨

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now