MRAS 23 - FAMILY'S DINNER

8.5K 636 42
                                    

MRS. EMEER HAYYES

"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"



"Kak Thea!"

Sebaik sahaja Eshal membuka pintu rumah, wajah bakal kakak iparnya itu buat dia teruja. Tubuh Thea segera dipeluknya erat. Tindakan Eshal itu tidak dapat di duga oleh Thea. Nasib baik dia sempat mengimbangi tubuhnya.

Thea hanya mampu tersenyum dengan keletah manja Eshal.

"Dah, tak payah buat drama jejak kasih dekat sini Eshal. Pergi tolong mummy dekat dapur." Tegur Ethan sambil menghampiri pintu utama.

Eshal yang tidak puas hati dengan arahan daddynya itu terus mendegus perlahan sambil berlalu dari situ dengan menghentak kaki. Ethan hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan anak daranya. Manakala Thea pula hanya tersenyum kecil.

Ethan menjemput tetamunya masuk dengan senyuman nipis terukir di bibir. Mereka mula melangkah menuju ke ruang tamu di sebelah kiri.

Thea melabuhkan punggung di kerusi sofa yang serba mewah itu. Walaupun saat itu, hatinya tidak henti berdengup laju, dia cuma juga untuk tenteramkan dirinya. Matanya jatuh pada kedua ibu bapanya yang sedang rancak berbual itu.
Dengan perlahan dia bersuara.

"Erk.. Maaf, Thea nak tengok mummy dekat dapur boleh tak?" Thea mula mencelah perbualan papa dan bakal bapa mentuanya. Wajah mereka di pandang sebelum dia membalas senyuman nipis ibunya.

Ethan mengangguk perlahan lalu tersenyum. "Pergilah. Mummy pun busy dekat dapur tu dari tadi."

Thea mengangguk lalu dia meminta diri dari kedua orang tuanya sebelum berlalu dari situ. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke ruang dapur, matanya di hidangkan bermacam jenis lauk dan dessert yang masih belum terhidang di meja makan.

Dia tersenyum kecil apabila melihat Eshal yang sedang muncung apabila kena bebel dengan Puan Khayla.

"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang Thea boleh tolong tak?" Tegur Thea sambil kaki mula mendekati Puan Khayla.

Puan Khayla dan Eshal menoleh ke arah Thea lalu tersenyum kecil. Melihat sahaja kelibat Thea, Eshal terus meninggalkan kerjanya lalu memeluk erat tubuh bakal kakak iparnya itu. Thea menggelengkan kepalanya. Geli hati dengan keletah manja gadis itu.

"Eshal, siapkan kerja tu dulu. Tetamu kita dah tunggu lama tu kan." Tegur Puan Khayla.

Eshal mengeluh lalu menyambung kerjanya.

"Mummy nak Thea tolong apa-apa tak? Just let me."

"It's okay. Sikit je ni. Thea duduk dulu. But kalau Thea nak tolong juga, gantikan tempat Eshal kejap boleh? Mummy nak Eshal pergi panggil abang-abang dan adik dekat atas."

"Boleh mummy."

Dengan senang hati Thea berganjak ke tempat di mana Eshal berada sebentar tadi. Manakala Eshal dengan sekelip mata menghilang. Tahu sangat dengan perangai anak perempuannya yang malas itu.

Beberapa minit berlalu, Thea masih juga dengan kerjanya sambil di bantu oleh Tanti. Tanpa disedarinya, sepasang mata Dark Hazel ralit memerhati tindak tanduk si gadis yang sudah bergelar tunangnya.

Tubuh yang dibaluti dengan baju blouse putih dipadankan dengan skirt kembang bewarna hitam bersama shawl bernada sama dengan skirtnya itu terlilit kemas di kepala itu sedikit menarik minat pemilik mata Dark hazel itu.

Nice! 

Bibirnya terjungkit sebelah. Tanpa menunggu lama, kakinya mula melangkah mendekati Thea yang berada di singki itu. Dia berdiri tepat di belakang tubuh tunangnya. Dengan selamba kedua belah tangannya di letakkan di birai kabinet singki tersebut sekali gus mengepung tubuh Thea itu.

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now