LMN : 08

76 16 0
                                    

" Weh , kau tak rasa nak balas dendam dekat perempuan acah bagus tu ?"

Seon Sang ketap bibir apabila mendengar soalan Yoori.

"Gila kau kalau tak nak balas dendam kat dia tu. Masalahnya sekarang ni, kita takde benda yang boleh buat dia jatuh. Hish! Penat aku fikir cara tahu tak." Keluh Seon Sang.

"Apa kata, kita cari sebab kenapa dia pindah sini? Aku dengar, dia tu selalu masuk sekolah juvana. Tapi, atas sebab apa tu aku tak tahu."

"Maksud kau, dia tu dulu budak jahat? Eh, tapi aku tengok dia tu macam baik je." Balas Sae Jat.

"Kau perasan tak, masa kita bergaduh dengan dia hari tu, cara dia macam dah biasa sangat bergaduh. "

"Betul jugak tu." Ujar Yoori.

"Kita kena cari bukti yang mengatakan Diane tu budak jahat dan tunjuk pada Seungmin. Takkanlah ketua pelajar nak berkawan dengan budak bermasalahkan?" Cadang Seon Sang.

"Kalau berkawan takpe lagi. Kalau bercinta? Aku rasa Seungmin tu macam dah selesa je berkawan dengan perempuan tu." Tebak Sae Jat.

"Sebab tu kita kena jauhkan mereka. Walau dengan apa cara sekali pun!"

• • •

"Kau ada dengar tak sesi pelajar pertukaran tu? Katanya dorang masuk hari ni."

Diane pandang kosong wajah Jeongin. Tangannya menarik earphone yang dari tadi tersumbat di telinga.

"Kau tengok muka aku ni ada nampak macam kisah ke?" Balas Diane.

Jeongin yang geram terus menjentik dahi Diane.

"Aduh kau ni! Tadi si Hyunjin tu dah jentik dahi aku. Ni kau pulak. Kang tak pasal-pasal jendul pulak dahi kecik aku ni." Rungut Diane.

"Alah cowwi ahh. Meh sini Ayen tiupkan."

Jeongin menggosok dahi Diane yang jadi mangsa jentikan dia tadi sebelum ditiup-tiup perlahan.

"Oit, dah-dah. Tayah nak lebih. Kang ada yang tido luar malam ni kang." Marah Hyunjin.

"Jeleslah tu!" Ejek Minho.

"Aku bukan jeles dengan Jeongin, tapi aku jeles dengan Diane."

Minho dan Diane terus berpandangan satu sama lain. What the...?

Tok tok!

Diane terus menoleh ke kanan. Terkejut kerana ada yang mengetuk mejanya.

"Salut mon vieil ami!"

Matanya terus membulat. Emma dan Cate!

"Bébé!"

Emma dan Cate hanya tergelak sebelum pelukan Diane dibalas.

"Wait, wait! Jangan kata korang ponteng kelas dan sanggup terbang dari France semata-mata nak jumpa aku?"

"Kau pikir kitorang ni teruk sangat ke sampai sanggup nak ponteng kelas semata nak jumpa kau je? Takde keje namanya tu!"

"Laa ye eh? Dah tu, macam mana korang boleh terlajak sampai Seoul ni?" Tanya Diane.

"Eh, korang ni kan pelajar pertukaran tu?" Tanya Jeongin.

"Yup!"

"Asal tak bagitahu aku? Dasar tak guna!" Diane menumbuk bahu Emma.

"Eish, Cate yang kata jangan bagitahu kau. Dia kata nak suprise. Haa suprise ke tidak kau?"

"Pikir kelakar ke bodo tak cakap apa-apa kat aku tahu-tahu dah tercegat kat depan mata." Diane menumbuk lagi bahu Emma.

"Sakit bongok."

Setepek!

"Yelah sorry. Cate, diam je kau. Okay tak? Selalu kau yang paling bahenol ni dah kenapa diam macam mulut ada emas?" tanya Diane.

"Takde apa-apalah. Err, kitorang masuk kelas dulu eh? Balik nanti kita jumpa."

Cate menepuk pipi Diane sebelum terus menarik tangan Emma untuk keluar daripada kelas Diane.

"Eh, dah kenapa? Kena sihir agaknya."

• • •

"Kenapa kau ni? Kitakan dah lama tak jumpa Diane. Patutnya kita lepak-lepak kejap dengan Diane." rungut Emma.

"Masalahnya aku tak nak kau tu terlepas cakap. Kita sertai program pertukaran pelajar ni ada sebab. Aku tak nak kau terbocorkan rahsia ni. Nanti Diane dapat nama buruk pulak."

"Yelah-yelah! Aku jugak yang salah!"

"Hehe sorrylah Emm. Jom cari dia. Kau dah dapat info dia kat kelas manakan?" tanya Cate.

"Dah. Aku risau dia akan apa-apakan Dee." luah Emma.

"Hurmm samalah. Cukuplah selama ni Dee terseksa. Aku harap sekolah ni mampu bagi harapan baru untuk Dee."

"Moga-mogalah."

[ √ ] Bully | SEUNGMINWhere stories live. Discover now