"Kaki awak patah dan awak tak boleh bergerak lasak sehingga sembuh"
"Termasuk berlari?" soal Yoshi. Doktor itu mengangguk. Doktor itu memberikannya resit perubatan serta satu set tongkat untuk membantunya untuk berjalan.
Yoshi terdiam sejenak. Matanya merenung lama tongkat itu sebelum menyambutnya atas huluran doktor. Dia bangkit dan berjalan dengan tongkat keluar dari bilik rawatan.
Sejurus pintu terbuka , Asahi bangkit dari tempat duduknya. Dia memandang Yoshi dengan rasa bersalah dan kecewa. Dengan diri sendiri.
Asahi membuka langkahnya mendekati Yoshi. Saat tangannya ingin menyentuh Yoshi , lelaki itu menepis kasar bersama rengusan marah. Asahi yang terkilan hanya memandangnya.
Yoshi berhenti bergerak. Dia memandang ke arah Asahi. Wajah yang dilontarkan pada pemuda Hamada itu adalah wajah yang tidak pernah ia saksikan sebelum ni.
Wajah bengis dan penuh dengan amarah. Pandangan matanya kepada Asahi terlalu tajam sehingga Asahi tersentak dengan reaksinya. Asahi yang tegak di belakangnya mulai rasakan bahawa apa yang Yoshi katakan adalah terburuk baginya. Lelaki itu mulai takut.
"Kau... Kau..." Yoshi memulakan ayat dengan nada menahan geram. Suara yang dikeluarkan adalah paling dalam selama ni.
"KAU TAHU TAK YANG PERTANDINGAN TU PENTING BAGI AKU?! NI DAH LAH TAHUN TERAKHIR AKU KAT SEKOLAH DAN MASA NI LA AKU PATUT MENYERLAH DALAM KOKURIKULUM. SEKARANG NI CIKGU MESTI TUKAR AKU DENGAN PELAJAR LAIN DAN AKU TAK DAPAT NAK KERAHKAN SEMUA USAHA DAN KERJA KERAS YANG AKU USAHAKAN SELAMA NI!!!!"
"NI SEMUA SALAH KAU ASAHI! KAU YANG BAWAK AKU MASUK KE DALAM PERANGKAP ! KAU PENJAHAT ! TAK GUNA !
PENGKHIANAT.
Setiap bait kata Yoshi dihempaskan dengan nada yang tinggi dan emosinya cukup terganggu pada saat itu. Kemarahannya , bukan lakonan.. Malah terbit dari hatinya. Apinya saat ia membara cukup seksa dan pedih... Sesiapa sahaja mendengarnya marah pasti kecut perut.
Asahi terkilan dan tersentak dengan kata-kata 'hyung' nya itu. Bibirnya terketar-ketar tak terkata. Iris hitamnya memandang Yoshi dengan kesedihan dan kekecewaan.
Kini, hatinya tak berhenti dari menyumpah dan menyalahkan dirinya. Mata berkaca menakung air mata. Namun tumpah membasahi pipi.
" hyung... hyung betul. Semua s-salah asahi.." Ujar Asahi dengan nada sayu dan perlahan. Yoshi yang baran mulai reda saat ia tersedar— dia menaikkan suara pada kawan baik dia sendiri.
"ASAHI PATUT MATI!" Jeritnya sebelum berlari meninggalkan Yoshi dan Hospital. Yoshi yang mula terdetik rasa bersalah mengejar Asahi dengan kudrat yang ada.

YOU ARE READING
Enduring Friendship - Yoshi + Asahi (C)
Fanfiction❝ Kita akan jadi kawan bersama selamanya dan nama serta jasa kau akan aku simpan di hati sehingga lilin hayat aku terpadam dengan sendiri ❞ Cast : ( TREASURE ) Asahi , Yoshi Genre : Friendship Category : 13+ Cover / Idea : Me Start : 27/3/2021 © ALL...