DR JEON 17

287 41 16
                                    


[ Doctor Jeon | Last ]

Kau pembunuh!

Kau bunuh perempuan tu, Jungkook!

Bertalu talu tuduhan itu dilemparkan oleh si pemilik suara. Sedikit sebanyak berjaya menganggu lenaku.

Sehinggalah aku terjaga. Anehnya aku tidak lagi berada di bilik itu.

Sebaliknya aku tersandar layu di dalam kereta milik Jungkook.

Aku toleh ke sebelah kiriku. Tiada kelibat manusia di samping aku. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Pil pil ubat yang bertaburan di atas tempat duduk pemandu.

Mata aku beralih pula ke arah radio. Ada kaset yang sedang dimainkan.

Mengulang tuduhan itu entah ke berapa kali sehingga aku jemu mendengarnya.

"Doktor Jeon? Aku harus cari dia."

Aku segera menapak keluar dari kereta.

Ke hulu hilir mata aku melilau andai ternampak kelibat Doktor Jeon.

Namun, tiada seorang pun yang terlihat di sekitar aku. Sunyi dan sepi. Sekadar ditemani bunyi hempasan ombak dan deruan angin yang mulai kencang.

Aku cuba nasib kali kedua.

Aku yakin Doktor Jeon ada di sini.

Dari kejauhan aku lihat susuk tubuh seorang lelaki berdiri di atas batuan besar sambil mendongak ke langit.

Di tangannya ada botol ubat. Selepas memastikan lelaki itu ialah orang yang aku cari, aku segera berlari ke arahnya.

"Doktor Jeon."

Aku seru nama itu perlahan lahan.

Tiada sebarang respons yang kuperolehi pada saat saat pertama. Sehinggalah aku lihat dia melempar botol ubat itu ke dalam laut.

Buku limanya dikepal. Erat sehingga timbul urat di lengan kekarnya. Aku kira mindanya sedang kacau bilau.

Apatah lagi setelah mendengar audio yang dimainkan.

Selang seketika, aku menangkap suara gelak tawa daripada Jungkook.

Perilakunya seolah olah ada yang telah membuat lawak jenaka. Namun, tawa itu berakhir dengan esak tangis.

Tiada bual bicara, sekadar tangisan yang aku terima sebagai respons balas.

"Terima kasih, Doktor Jeon." Ucap aku.

Aku cukup berhutang budi kepadanya kerana sudi menyelamatkan aku daripada Taehyung. Jikalau tiada dia, aku pasti akan mati disebabkan ilusi si doktor gila itu.

Atas asbab mahu menghidupkan semula kekasihnya, dia sanggup menjadikan Jungkook sebagai mangsa.

Sedikit pun tidak berasa serbasalah menjadikan lelaki itu sebagai bahan ujikaji. Taehyung memang gila. Masakan orang yang telah mati mampu untuk dihidupkan semula.

Mustahil, walau dengan apa apa cara sekalipun. Walau dengan kecanggihan teknologi sekalipun.

+++

Aku berjaya pulih dari trauma lampau. Si empunya suara itu tidak lagi muncul dalam mimpi aku setiap lena.

Sebulan telah pun berlalu. Aku berjaya menjalankan hidup seperti biasa.

Keluarga sebulat suara bersetuju untuk menghantar aku untuk belajar di sebuah kolej perubatan di luar negara.

Sehinggalah satu hari aku terpilih untuk mengikuti sebuah lawatan ke luar kota. Bersama tujuh orang Medical students dan seorang guru pengiring.

"Min Kyung, are you okay? I think you should take a rest."

"I'm okay. Kau masuk dulu, aku akan menyusul." Aku sedaya upaya ukir senyuman sedang perut aku memulas.

Aku lupa hendak menjamah sedikit makanan sebelum menghadiri kelas hari ini. Pabo, Min Kyung! Rakan aku, si Youngtaek iyakan sahaja.

Walhal dia berasa serbasalah hendak meninggalkan aku bersendirian di bilik menunggu.

Beredar sahaja kelibat Youngtaek, aku segera menyelongkar beg galasku.

Aku ambil sebungkus roti yang tersisip di dalam poket lantas aku lekas menggigitnya. Sehinggalah aku dengar pintu bilik ini kembali dikuak.

"Youngtaek, i'm okay. Just..." Bicara aku terhenti separuh jalan.

Tak semena mata aku terbeliak melihat kelibat lelaki yang amat aku kenali. Di lehernya tergantung kad pelawat. Tidak, bukan itu yang menarik perhatianku.

Tapi, tag namanya.

Doktor Jeon.

the END

[C] Dr. Jeon | Jeon JungkookWhere stories live. Discover now