Aumi Pov
Hologram terpancar di hadapan mereka berenam.
Undangan ke Akademi Vixen Pandora, tahniah anda telah terpilih untuk menyertai akademi berprestij berdasarkan penilaian prestasi yang ditunukkan anda sangat cemerlang.
5 figura di hadapannya dipandang kosong.
"Kenapa abang² tengok Aumi macam nak makan? Beri laluan boleh? " Pinta Aumi.
"Bagi sini surat tu, abang nak tengok"
Aumi menyorokkan surat di belakangnya . Abangnya cuba merampas surat itu secara kasar.
"Tepi la dulu ! Adik nak tunjuk kat mama ngan papa pulak " Bentak adiknya
"Jap surat tu untuk kau ke? Sini abang Raykal nak tengok"
"Ni nama adik, aumi fidelya !" Katanya teruja. Abang-abangnya tidak berpuas hati dan menyekat jalan adiknya itu.
"Yaahh! Abang tak kan bagi kau pergi akademi tu lah! " Surat ditangan Aumi dirampas oleh Raykal.
"Me too " Jawab abang-abangnya yang lain serentak.
"Eleh dengki la tu , dah tepi-tepi adik nak masuk ni " Dia merampas kembali surat di tangan Raykal
"Mancante!" Sekelip mata dia menghilangkan diri menggunakan kuasa teleportasi.
Kini dia muncul tepat di hadapan org tuanya.
FLASHBACK
Aumi Fidelya melihat kelima-lima abangnya berlatih dengan tekun.
"Cuba tengok skill aku baru belajar ni, DUMMM!! " Bunyi dentuman bergema di ruangan halaman rumah. Cahaya berwarna merah mempunyai cas elektrik menghasilkan volkano light.
Mereka teruja melihat aksi yang ditunjukkan Evan.
"Aumi marila ikut kami berlatih ! " Ajak abang kesayangannya Kaze
"Taknak lah, Aumi tak handal macam abang-abang semua" dia menolak ajakan tersebut sedangkan dia ingin menunjukkan kebolehannya juga.
"HAHAHA. Dia tu perempuan, baik suruh dia belajar memasak kat dapur" Ejek abangnya yang ke 5 Raykal
Abang kembar tiganya Evan, Ely, Ethan hanya ketawa seraya menggeleng.
"Sei impegnato e pazzo!." Aumi mencarut dalam bahasa asing. Dia memberi jelingan maut sekilas lalu meninggalkan abangnya.
"Hishh!!, tak best la jadi perempuan" Bentak hatinya.
Aumi bergegas keluar meninggalkan rumah tanpa pengetahuan abang-abangnya yang terlalu over protective.Dia melangkahkan kakinya ke bandaraya holy light kingdom.
"Woahh !! Yeah² !! , macam ni ke rasanya F.R.E.E.D.O.M.? " Dia keluar bersiar tanpa pengawasan abang-abangnya. Dia membeli apa sahaja jenis makanan yang terlihat menarik dan menyelerakan.
Aumi menikmati gula-gula kapas di tangannya sambil melompat keanak-anakan. Dia mengelilingi kota dengan teruja.
Monumen-monumen yang tersergam indah di Holy Light Kingdom diperhatinya dengan penuh bangga.
Dia melihat ramai pasangan kekasih melempar syiling emas ke dalam kolam arca Cupid and Psyche.
"Betulke kolam tu dapat tunaikan hajat? " Soalnya. Dia kembali meneruskan langkah kakinya yang tanpa arah tuju. Niatnya ingin bersiar menikmati keindahan bandaraya terbantut tatkala mendengar suara pergaduhan.
"Woi orang tua! Bayar duit cukai nyawa bulan ni! Kalau tak, mati aku kerjakan!! " Ugut seorang lelaki yang berbadan tegap.
"Ma..af nak, nan..ti ada duit lebih ber.. niaga pak cik bay..yar, Pak.. cik janji"
VOUS LISEZ
5oulmate™
Fantasy5 orang gadis yang mempunyai kehebatan supernatural, kemudian dihantar oleh puak mereka ke sebuah akademi berprestij akan tetapi kewujudan akademi itu disembunyikan. Akademi ini dibina dan dipertanggungjawabkan untuk memelihara keamanan alam semes...
