Z U F R A N 3

7.9K 354 8
                                    

Dia terlalu bermakna

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆


"jauh menung, fikirkan masalah kerja ke?" suara hj Zulkifli menyentak lamunan Haris.

Leka betul dia lihat Haris termenung di atas pangkin.

"haah ayah fikirkan masalah kerja, rasa penat buat 2 kerja sekali" Haris kalau boleh tak nak mengeluh depan orang tuanya,

dia tiada tempat mengadu, hanya hj Zulkifli yang sudi mendengar masalahnya

"masalah kerja ni sampai kita mati pun takkan habis Haris, ayah dah cakap kandang kambing tu ayah boleh jaga, kamu tak payah susah susah jaga" Haris menggeleng, mana mungkin dia nak biarkan ayahnya berpanas di kandang kambing.

"tak apa ayah, Haris boleh uruskan lagi kandang kambing tu, ayah duduk je rumah teman umi" cukuplah ayahnya sudaah berpenat lelah dahulu mencari rezeki untuk dia dan adiknya, biarlah Haris pula yang menggantikan tempat hj Zulkifli untuk mencari rezeki

"kalau kamu rasa masalah kamu berat dan tak mampu nak ceritakan pada siapa siapa jangan lupa kita ada Allah, dia sentiasa ada dan tunggu doa dari kita" pesan hj Zulkifli

"baiklah ayah, terima kasih sebab selalu nasihat dan ingatkan Haris" kalau tiada hj Zulkifli, Haris rasanya masalah masalah yang dia hadapi sebelum ini hanya mampu dia pendam dan tak mungkin bakal selesai

"dah la ayah masuk tidur dulu, kamu jangan lama lama dekat luar ni nanti sakit pula" pesan hj Zulkifli sebelum dia masuk ke dalam rumah

"baik ayah" jawab Haris

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"Macam mana dengan lelaki tu, kau dah jumpa?" tanya Melyssa pada penyiasat upahannya

"dah, dia sekarang tengah menyorok dekat sebuah kampung" kata Zarul selaku penyiasat persendirian kepada Melyssa

"bagus kau bagi lokasi dia petang ni aku gerak pergi sana" arahan Melyssa dibalas dengan anggukan

"cik Melyssa nak saya ikut sekali tak?" sebelum ini Melyssa ada meminta dia menemaninya

"tak apa lagipun mak kau tak berapa nak sihat kan, kau jaga je mak kau. Biar aku uruskan orang tua tak guna tu" tangan di gengam erat, tak sabar dia nak bersemuka dengan encik Faizal

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・

"Kamu berkemas kemas ni nak ke mana Lyssa?" puan sri Aleena bertanya,

kebetulan dia lalu di depan bilik Melyssa dan melihat anaknya sedang mengemas baju.

"Lyssa nak pergi bercuti" bohongnya kalau dia bagitahu puan sri Aleena dia nak pergi mencari encik Faizal, confirm mummynya tak akan beri kebenaran.

"bercuti ke mana pula? kamu dah minta izin papa belum?" Melyssa mengangguk

"papa dah bagi kebenaran, tu yang Lyssa berkemas" jawabnya,

dia sibuk memeriksa semula begnya takut ada barang yang tinggal

・‥...━━━━━☆☆━━━━━...‥・


Melyssa tiba di sebuah perkampungan, dia mengikut alamat yang di hantar oleh Zarul

"aku macam kenal tempat ni" Melyssa melihat kawasan di kiri dan kanannya,

sambil memandu dia memerhati waze yang menunjukkan arah ke chalet yang ditempah Zarul semalam

"tak ada hotel ke, aduhai tapi tak apa la demi papa aku redah je" Melyssa sanggup buat apa sahaja asalkan encik Faizal segera di tangkap

H A R I S   Z U F R A N  (RAW)Where stories live. Discover now