'Enam

325 72 20
                                    

Harini hari cuti. Jadi , aku nak kemas bilik. Banyak benda nak disusun balik. Lepas cat bilik aku ni , tak sempat nak kemas, dah sibuk nak sekolah pulak.

Ting !

Aku capai phone dan hempaskan badan di atas katil. Butang 'on' ditekan. Chat dari Faaiq. NAK APA PULAK DIA NI !

Faaiqsewel

Assalam
Aku ada masalah besar.

wasalam

Masalah apa ?

Ada orang suka kat aku.

DAHTU APA MASALAHNYA DENGAN AKU ?

Aku nak jumpa kau boleh ? petang ni.

perlu ke ? aku nak kemas bilik ni

Kau nak aku bagitahu pasal buku karangan tu ?

KEJAM KAU FAAIQ

Memang melampau gunakan cara kotor macam tu. Aku dah naik muak dah asyik menghadap muka dia setiap hari kat sekolah sekarang masa aku bercuti pun nak ganggu ?

Ting !

Dia bagitahu location. Nak taknak memang aku kena pergi. Kalau tidak , pecah rahsia aku.

Taman depan rumah aku jadi tempat kami berjumpa. Tak jauh pun. Kena lintas jalan raya lepastu dah sampai taman. Taman permainan ni masih baru , setiap petang mesti ramai datang untuk beriadah.

Faaiq dah tunggu kat satu bangku. Dia terlalu khusuk dengan telefon bimbit  sampai tak sedar aku datang.

     "Assalamualaikum , ahli kubur"
Aku duduk di bangku yang sama tapi duduk lebih jauh dari Faaiq.

     "Waalaikumsalam , dah sampai pun kau"

     "Malas nak cakap banyak , cakap je terus apa kau nak ?"

     "Kawan aku , dia suka aku"

     " So ?"

     "Dia suka aku , dia nak couple dengan aku tapi aku tolak. Aku cakap aku dah couple"

     "Okay... ?"

     "Aku cakap aku couple dengan kau"

     "WHAT ? apa yang kau cuba buat ni Faaiq ?"
Aku terus berdiri. Memandang tepat muka selamba Faaiq.

Faaiq ni suka hati buat keputusan pelik-pelik macam tu ek ? Aku couple dengan dia ? geli weh

     "Aku dah fikir , kalau kau acah-acah jadi girlfriend aku. Mungkin dia berhenti berharap. Aku taknak la sakitkan hati sesiapa"

     "Kenapa kaitkan aku ? kan ada ramai lagi orang lain?"

     "Okay , macam ni. Kalau kau tolong aku jadi girlfriend pura-pura aku. Perjanjian-perjanjian haritu kira cancel"

     "Semuanya ?"

     "Semuanya"

     "Lepas tu kau dah takkan ganggu aku lagi ?"
Aku duduk semula.

Faaiq angguk. Tawaran ni agak menarik. Faaiq pun takkan ganggu hidup aku lagi. Ini bagus. Alah , setakat jadi girlfriend pura-pura tu apalah sangat kan ?

     "Aduh , kepala aku sakit la"

Aku terus berpaling menghadap Faaiq. Dia memicit-micit kepala dan terus membuka cermin mata dan hulurkan pada aku.

     "Eh , sakit sangat ke ? kau nak ubat tak ?"
Aku capai cermin mata Faaiq. Tolong pegangkan.

Risau pulak aku tengok dia ni. Macam sakit sangat kepala tu.

     "Aku nak balik tapi aku rasa aku tak larat nak bawak motor aku"

     "Aku orderkan kau grab lah"

     "Okay"

Grab datang lagi 10 minit. Aku tengok Faaiq ni macam dah teruk sangat. Mesti banyak sangat main telefon ni.

     "Aku rasa nak baring" kata Faaiq. Gelabah juga aku.

     "Nak baring ?"

Aku terus bangun dari bangku. Biarkan Faaiq baring. Cuaca tak panas terik sangat tapi masih ada cahaya matahari. Nak taknak aku kena jadi tukang tutup cahaya matahari dari kena Faaiq.

Aku sempat capai payung kat rumah tadi. Tak lupa kipas elektrik yang kecik tu. Warna pink.

     "Pening sangat ke ?"
Aku acukan kipas berdekatan kepala Faaiq. Biar sejuk.

Faaiq cuma mengangguk. Aku rasa dia kena migrain. Mungkin lah.

Ting !
Grab dah sampai.

     "Faaiq , grab kau dah sampai. Kau boleh bangun tak ni ?"

     "Pimpin aku"

A-apa ?

TBC—

Vote dan komen !

dandelions | faaiq iman .Where stories live. Discover now