Cinta Songsang Part 5

6K 37 0
                                    

Banyak tau kisah aku kat asrama. Apa yang aku boleh cakap. Aku memang jadi perhatian ramai orang sebab aku ni kecik orangnya manja sebab anak bongsu kan.

Ok kita sambung

................................................

Even aku dah diberi keizinan untuk study di bilik rehat tu. Tapi aku x study kat situ pun sebab aku study dengan Akim. Hehe

Akim memang nak study dengan aku je. Padahal bilik prep dah dibahagi kan ikot tingkatan. Tapi dia tetap jugak nak duduk satu meja dengan aku. Aku pun redha la.

Ada satu kes berlaku antara Akim dengan Kamil. Sejujurnya aku tak tahu. Aku dah tanya Hafiz apa yang berlaku. Hafiz pun tak nak cerita kat aku. So aku fikir nak korek sendiri tapi macam susah sebab masing menghindarkan diri dari aku.

Setiap kali Kamil datang dekat dengan aku. Akim akan jauh kan diri dari aku. Bila Akim yang dekat dengan aku. Kamil pulak yang jauhkan diri dari aku. Aku tak tahu apa masalah diorang tapi diorang pernah bergaduh untuk tidur satu katil dengan aku. Aku tak faham masa tu aku buat keputusan untuk tidur asing je sebab aku dah serabut dengan pergaduhan tu.

Satu hari Kamil ada buat hal. Kamil ni nakal dia selalu ikut kepala dia je. Kamil tak datang solat subuh dan dia kena denda dengan warden. Sebab subuh wajib solat berjemaah. Denda tu tak la berat sangat cuma siapa yang tak solat subuh berjemaah dia akan di denda mandi depan orang ramai. Depan asrama lelaki je. Bukan dia sorg ramai yang kena denda.

Denda tu telah buat Kamil naik angin dan benci kat warden. Antara orang yang baik dengan warden adalah aku dan Akim.

Pada malam tu kami semua study di dewan makan bercampur dengan pelajar perempuan. Jadi aku study dengan kawan2 perempuan aku.

Aku fokus dengan study. Tiba-Tiba aku dengar Kamil mengamuk di depan dewan. Dia bergaduh dengan Akim.

Kamil: Aku benci la warden tu. Bajet bagus je nak denda bagai. Buat serabut kepala aku je.

Akim: Dia buat kerja dia je. Tak salah pun. Kau yang salah sedar je la.

Kamil: arghhhh kau sama je dengan dia. Bajet alim belakang perangai macam setan.

Akim: ooo kau makin kurang ajar sekarang ek. (Jerkah akim)

Kamil: Arghhh kau diam r. (Terajang gendang alat muzik)

Kamil terus naik ke dorm dalam keadaan mengamuk. Di asrama tiada orang sebab semua orang turun ke dewan makan. Satu dewan kecoh dengar diorang bergaduh. Aku terdiam tak tahu nak cakap apa. Sejujurnya aku terkejut dan tak tahu kes apa.

Kawan aku nasihatkan aku naik ke dorm untuk tengokkan Kamil. Adik Kamil iaitu Kamal juga turut meminta pertolongan aku untuk tengokkan abang dia. Aku dengan rasa bersalah terus keluar dari dewan dan terus ke dorm. Ketika aku keluar aku pandang Akim. Akim pandang aku dengan rupa yang marah. Aku tahu dia sedang marah tapi dia salah sebab tengking Kamil.

Aku naik ke dorm untuk tengokkan Kamil. Di bahagian belakang dorm kite orang susun loker satu tempat dan terdapat ruang dibelakang iaitu ruang rahsia dorm kami untuk lari dari warden. Kamil berada di situ dalam keadaan sedih. Aku sampai terkejut sebab tengok Kamil menangis dengan selimutkan badan dia.

Aku tak pandai nak pujuk tetapi bila aku sampai Kamil terus peluk aku dan menangis.

Iez: Kenapa ni? Apa yang berlaku?

Kamil: Abang kau tu la. Kenapa dia selalu sibuk dengan hal aku? Kenapa dia bajet bagus sangat? Macam la dia tu sempurna bajet alim.

Iez: Akim nak nasihatkan kamil je. Korang kan bff. Bagusla Akim ambil berat pasal Kamil.

Kamil: arghhh dia bukan nak ambil berat pun tapi semua apa yang aku nak. Semua dia akan dapat. Apa kurangnya aku? Kenapa kau pilih dia dari aku?

Aku terkejut dengan soalan tu dan berkata

Iez: Aku pilih korang berdua untuk jaga aku. Aku sayang korang. Sayang sangat2. Sebab korang aku masuk asrama untuk dekat dengan korang.

Kamil: Tak sekarang ni aku nak kau pilih antara aku dan Akim. Yang mana kau paling sayang?

Aku terkedu tak tahu nak jawab apa. Pada ketika itu semua orang masuk ke dorm dan cuba bercakap dengan Kamil untuk pujuk dia termasuk la Akim.

Kamil terus tolak aku ke tilam, baringkan aku dan selimutkan kami berdua. Di dalam selimut tu hanya Aku dan Kamil. Kamil baring atas aku sambil dia menangis. Apa yang aku mampu buat adalah usap kepala dia dan belai dia.

Kamil: Aku nak tidur dengan kau malam ni?

Iez: hurm yela mari tidur sekarang.

Aku bagi tanda dekat Akim menandakan yang malam ni Aku tidur dengan Kamil. Akim faham dan terus balik ke dorm. Kamil tertidur dalam pelukan aku. Itu je apa yang aku mampu buat untuk pujuk dia.

Selepas dia tidur, aku masih terjaga. Roomate semua tanya macam mana dengan Kamil. Aku menunjukkan tanda yang baik. Esok dia ok la tu.

.......................................................................

Keesokan hari nya, aku kejutkan Kamil untuk solat subuh berjemaah. Kamil turutkan saja. Sejak kejadian tu Kamil lebih selesa dengan aku. Selalu tunggu aku lepas habis sekolah. Selalu makan dengan aku. Mandi pun ajak aku.
Aku tak kisah asalkan dia bahagia.

Hubungan aku dan Akim makin renggang disebabkan aku fokus kepada Kamil. Tidak lama kemudian hubungan aku dengan Kamil makin renggang disebabkan Kamil dah ada gf. Aku redha dan bahagia untuk dia. Akim datang dekat aku dan minta maaf. Aku maafkan dia tapi dia kena minta maaf dengan Kamil.

Tiba-tiba aku dapat sms dari kawan aku Hana. Dia nak jumpa dengan aku sebab ada benda yang nak dibincangkan. Jadi aku berjumpa dengan Hana. Kalau korang nak tahu Hana ni sebenarnya awek si Akim. Ya Hana ni kawan sekelas dengan aku merangkap bff aku. Jadi Hana datang berjumpa dengan aku dan bagi tahu yang Akim dah putus dengan dia dan Akim ada perempuan lain. Aku cukup terkejut dengan berita tu sampai la aku buat keputusan untuk...

...........................

Kalau korang nak tahu kisah selanjutnya?
Stay tuned

Aku gay??? Where stories live. Discover now