Dalam bilik sewa

7 0 0
                                    

Masa itu aku balik dari kerja dalam jam 10pm begitulah,Sampai saja di bilik sewa tu,aku duduklah di sofa kemudian aku bukalah kasut aku.Tetiba telefon aku berbunyi jadi aku ambil telefon bimbit ku yang berjenama vivo didalam beg aku.Tanpa aku melihat siapa yang call aku,aku terus saja angkat ,aku dengarlah siapa yang bercakap dalam telefon tu...eh rupanya kakak aku pula yang call.....Selepas saja perbualan kami habis aku masuklah di dalam bilik dan makan lepas siap saja semua tu....Aku bebaring di tilam dan tetiba rasa macam ada sesuatu saja tapi aku abaikan saja,Sebab selalunya tidak macam begitu ..baru kali pertama aku rasa begitu...lagi2 aku di tinggalkan seorang diri dibilik tu... oleh kerana kakak aku dua orang tu,dorang balik kampung sebab ada hal emergency kunun dan aku pun ya lah sudah di tinggalkan jadi apa boleh buatkan aku pun tak lah fikir banyak ...

Aku pun tidurlah lagi pun penat sangat sebab di tempat kerja tadi pun aku banyak customer jadi untuk rehat pun sekejap saja hmm..

**********Beberapa jam kemudian*********

Tetiba aku terbangun dan aku mengambil telefon aku yang ada di atas kepala aku itu lalu aku membuka screen phone dan melihat jam 1:30pagi ..tetiba aku terdengar suara di arah bawah kaki aku bahagian hujung tu seperti ada bunyi orang makan... Aku boleh rasakan yang bulu roma aku berdiri seperti ada sesuatu makhluk yang dekat dengan aku..aku pun apa lagi beranikan dirilah mau tengok apakah benda tu yang bising-bising sekali punyalah aku terkejut dan takut masa tu, mau teriak pun macam mulut aku terkunci ni...gila aku tidak tau mau buat apa time tu.. Aku nampak punyalah seram rasa macam dalam movie seram -seram sudah ni yang perempuan panjang rambut dan berpakaian putih seperti pakaian puntianak tu macam begitulah,tapi dia membelakanglah dan macam makan sesuatu tapi aku tidak tau apa dan tidak nampak ,lagi pun time tu gelap sebab kalau aku tidur aku suka tutup lampu tapi walaupun dalam keadaan gelap tu ada juga cahaya lampu dari luar tamu sebab disana memang tidak ditutup,jadi ada jugalah cahaya2 sikit masuk dibilik tu....Aku cuba kuatkan iman aku perlahan-lahan aku berdiri sambil membaca doa, terus aku pasang lampu aku terus aku tengok balik benda tu tiada sudah di sana...

Aku masih ragu-ragu lagi time tu adakah aku mimpi atau perasaan aku,tapi yang buat aku pasti itu bukan mimpi ,aku tengok jam di telefon aku dan memang bukan mimpi memang dalam jam 1 lebih ..terus aku duduk semula di tilam aku berdoa sebelum tidur sambil buka lampu sudah ni dan aku pasang lagu rohani di bilik.Aku boleh rasa benda tu tidak ada lagi di bilik ..Aku betul-betul mengantuk masa itu tapi aku masih takut untuk tidur tapi akhirnya aku terlelap juga.....Zzzzz

*****

Pagi tu aku terbangun ,aku pun tengoklah jam di dinding tu dan aku lihat jam8 pagi sudah..lagi pun diluar tamu tu bising jadi tu sebabnya aku terbangun,lepas tu aku pun cepat-cepatlah mencari telefon aku dan aku call mami aku..

aku pun ceritakanlah pasal semalam tu yang aku nampak ...nah terus mami aku bagitaulah "tu penjaga kakak kau ,KOMBURUNGO yang ada tergantung dibilik kamu tu",mami aku bagi tau lagi yang dia tu kasih nampak aku sebab aku seorang diri saja dalam bilik ...bilang mami aku lagi..."dia kasih kawan kau itu".....aduii nah aku pun aii itu bukan kasih kawan tu... Itu kasih takut aku itu... balas ku sama mami aku...mami aku pun hanya ketawa2 saja dengar apa yang aku bagitau...sudah pun seram semalam tu.. ni lah pula dia kasih kawan...rasa macam mau tercabut saja jantung aku pasal semalam tu...😵😱

******
Komburungo adalah barang dari bobohizan yang nenek moyang kami bagi.

******

***Maaf dengan cara penyampai aku kurang jelas..😥***

Cerita seramWhere stories live. Discover now