Bab 4

2.1K 43 2
                                    

Bella meramas baju yang dipakainya. Baju ditarik ke bawah walaupun tetap sama kedudukan baju itu. Baju singkat kan? Nak tarik macam mana lagi?

Bunyi kuakan pintu buat Bella laju panggung kepala pandang Darius. Macam biasa, senyuman sinis meniti di bibir lelaki itu. Bella telan air liur kasar. Kini Darius betul-betul ada di depan matanya.

" Come with me. I want to show you something." Tubuh Bella mengeras apabila pinggangnya dirangkul lelaki itu masuk ke lif.

Bella meronta kuat minta dilepaskan. Darius mendecit tidak suka. Sukar sekali nak bagi Bella duduk diam. Sesekali tangan kecil itu memukul dan menolak dirinya.

" Lepaskan saya!" ronta Bella kuat.

" Shut up sweety..." bisik Darius dengan nada keras. Tampak marah pada si Bella.

Bella tak endahkan bisikkan itu. Dengan tenaga yang bersisi, Bella menumbuk perut Darius dan disepak kuat kaki lelaki itu.

Ting!

Bella keluar dari lif. Ringisan sakit terhambur apabila rambutnya ditarik sekaligus tubuh kecilnya dihempas pada dinding.

" Sa... Sakit..." adu Bella dengan mata berkaca. Bukannya kerana ingin menangis tapi kerana sakit pada kulit kepalanya. Tarikan lelaki itu terlalu kuat. Rasa nak tercabut setiap helaian rambutnya.

" Disobedience always has consequences..." ucap Darius di depan muka Bella.

Bella meneguk air liur kasar. Anak mata coklat milik Darius ditatap takut-takut. Bergetar hebat bibir Bella apabila Bella dapat mengagak apa yang Darius cuba lakukan.

" Lepaslah awak! Saya nak balik!" Biarpun Bella meronta banyak kali. Masih Darius mahu menyudahkan kerjanya.

" Never, you are my mistress."

Dang!

Mendengarkan itu buat badan Bella hampir melurut jatuh. Sempat Darius menyambut dengan senyum senget di bibir. Bella melarikan mukanya apabila bibir lelaki itu hampir mengena bibirnya.

" Marry me."

Mendengarkan permintaan itu keluar dari bibir Bella buat tingkah Darius terhenti. Darius ketawa sinis. Tak jangka sampai Bella mengajaknya kahwin. Darius tak percayakan perkahwinan. Apatah lagi mempunyai hubungan dengan sesiapa.

" Kahwin dengan saya. Selepas itu, awak boleh buat sesuka hati awak. Awak boleh pukul saya. Awak boleh peluk saya dan pegang saya. Puas hati?"

" That's never gonna happen." Darius menjauh diri daripada Bella.

" Kalau macam tu, awak tak boleh sentuh saya. Haram. Saya tak benarkan itu terjadi. Saya ada maruah!" lantang Bella berkata dengan muka seriusnya.

Darius angkat kening sombong. Maruah?

Sejak bila maruah itu ada sedangkan dia dah ambil semuanya dari perempuan itu?

" I don't need to hear you say 'saya ada maruah' sedangkan. Maruah kau... Aku dah pijak selama ini. Masih ada maruah lagikah? Hmm?"

" Saya-"

" Tak perlu bela diri sedangkan diri kau terlalu kotor untuk dibela." Bella mengenggam erat penumbuknya.

Disabarkan hati yang senipis bawang saat ini. Syaitan bersorak riang andai dia bersuara. Bukankah lidah orang yang sedang menahan marah paling bahaya? Dan sekarang Bella sedang mengendalikan dirinya.

The Ruthless Mafia ( IN EDITING) Where stories live. Discover now