MRAS 25 - A DATE

10.6K 658 80
                                    

MRS. EMEER HAYYES

"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"

Sebaik sahaja Lamborghini Aventador berwarna hitam itu berhenti tepat di pintu pagar The Hayyes Academic, dua orang pengawal yang bertubuh sasa lengkap dengan bersenjata itu menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada ketuanya sebelum pintu pagar tersebut di buka.

Setiap sudut Akademik itu di kawal ketat oleh mereka yang berpengalaman kerana disitu tersimpan maklumat sulit berkaitan Akademik itu.

Lamborghini itu meluncur laju memasuki perkarangan Akademik yang begitu luas itu. Emeer memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk utama The Hayyes Academic.

Kunci kereta terus di lemparkan kepada pengawal yang membukakan pintu kereta untuknya. Kakinya yang panjang itu terus melangkah masuk ke dalam Akademik itu tanpa menghiraukan pandangan pelajar dan tenaga pengajar di situ.

Suite lengkap berwarna hitam di sertakan kemeja berwarna putih di bahagian dalamnya melengkapkan lagi gaya seorang Emeer Hayyes. Di tambah pula dengan cermin mata hitam terletak elok di batang hidung yang mancung itu.

"Morning Sir." Tegur pelajar yang berselisih dengannya.

Emeer hanya mengganggukkan kepalanya tanpa sebarang senyuman yang terukir di bibirnya. Perkara itu sudah biasa bagi mereka yang mengenali siapa Sir Emeer Hayyes.

Sebaik sahaja kakinya berhenti di depan pintu kca yang tertera namanya, ibu jari sebelah kanan segera di letakkan di atas pengimbas di sebelah kiri.

Bip..Bip..

Pintu tersebut terus terbuka dan Emeer terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Walaupun sudah lama tidak menjejakkan kaki di situ dan segala urusan hanya di serahkan kepada Eiden, dia masih tidak lupamemntau setiap perjalanan akademik yang di tubuhnya sendiri.

"Eiden, come to my office now. 5 minutes." Talian segera di matikan tanpa menunggu jawapan daripada Eiden.

Dokumen di atas meja segera di periksanya sambil menunggu adiknya muncul. Lagipun dia masih ada satu jam sebelum perjumpaan dia bersama Shawn dan yang lain.

"Kau nak apa, along?" Soal Eiden tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Dia memang sengaja ingin melihat muka cemberut alongnya itu.

"Where's your manner, Eiden Hayyes?" Soal Emeer kembali dengan nada yang tegas.

Pagi-pagi dah buat dia naik darah.

"Ala.. Kau ni, Long. Chill la. Macam tak biasa je. Cepatlah bagitahu. Aku kena naik Level Beta kejap lagi." Dia terus melabuhkan punggungnya di depan Emeer.

Tingkat 3 atau lebih di kenali sebagai Level Beta adalah khusus untuk mereka yang sudah melepasi tahap 1 dan 2 dalam setiap teknik yang di ajar di situ.

"Just leave that to Adam. Along nak kau masuk sekali meeting kejap lagi. No excuse."

Walaupun mulut memberi arahan, mata masih juga tertumpu pada fail di hadapannya. Langsung tidak ambil pusing dengan dengusan kasar Eiden itu.

"Kenapa pula macam tu? Semalam tak cakap apa-apa pun. Malas la masuk. Along je lah yang uruskan. Apa-apa just inform me. Okay?"

Mr. Alpha's Sweetheart - TERBIT (Un- Edited)Where stories live. Discover now