28

8.3K 80 5
                                    

Sejak dari hari itu, hubungan kami semakin rapat.Bahagia aku rasakan saat ini, Izzrie memperlakukan aku seperti seorang puteri.Apa yang Izz lakukan seperti dia benar-benar cinta dan sayang pada aku walaupun Izzrie tak pernah menyatakan perasaannya.

Jauh di sudut hati aku sebenarnya ada rasa sangsi.Tapi aku hanya pendamkan.Biarlah,biarlah untuk sekarang.Kerana layanan seorang suami bernama Izzrie Mickhael membuatkan aku lemas,lemas dalam kebahagiaan.

Semakin hari Izzrie semakin sweet mengalahkan manisnya madu ahakkss.

Dan hubungan intim kami pula seperti berjalan biasa.
Cuma Izzrie akan melakukan dimana-mana pun tak kira didapur,di ruang tamu,pernah juga ditangga.Swimming pool dan beranda memang tempat kegemaran kami melakukan hubungan halal itu.Mencipta kenangan kata Izzrie,aku hanya iyakan.Sebab aku tak boleh menolak bila Izz sudah menggodaku,aku jadi lemah.

Habis honeymoon dua minggu kami di sini,aku dan Izzrie berkemas nak balik ke rumah semula.

Kami disambut gembira oleh pekerja Izzrie termasuk Mak Mah.Semasa membantu mak Mah menyediakan makan tengah hari,Mak Mah menanyakan soalan yang langsung aku tak sangka.

"VIvi..Vivi berbadan dua ke?"Terpana aku mendengar soalannya.

"Erkk..Macam mana Mak Mah tau?"Soalku pula.

"Mak Mah agak je..Berseri Mak Mah tengok Vivi sekarang.."Ohhh ingatkan dia tau.

"Vivi belum cek lagi mak Mah..."Ujarku.

Mak Mah hanya membalas dengan senyuman.Kami meneruskan aktiviti menyediakan makan tengah hari.Sekejap lagi Izz akan balik lunch di rumah.

*******************************

Puffff..Penat sungguh aku rasa hari ini.Setelah bercuti dua minggu,bertimbun kerja yang sudah aku tinggalkan.Ingat senang ke jadi bos?Jangan ingat aku kutip duit je ye...

Jam di pergelangan tangan aku lihat,tersenyum aku bila teringat permintaan Vivi pagi tadi.

"Izz tengah hari nanti balik ye..Makan sama.."Pintanya sambil membetulkan tie ku.Suara manjanya buat aku tersenyum.

"Okay baby,hamba yang menurut perintah.."Tertawa dia mendengar gurauan ku.Tubuh kecilnya memeluk aku ketat.

Mendongak dia mengucup bawah daguku sekejap.Cakap pendek karang kena marah.Aku balas dengan mengucup dahinya lama.

Tok!

Tok!

Tok!

Hilang terus bayang Viviana dalam fikiranku.Senyumanku tadi aku matikan.''Masuk..''Arahku.Kelihatan Max berjalan ke arah meja kerjaku.

''Tuan,dokumen yang Tuan nak tempoh hari..''Fail itu aku sambut.Isinya aku belek-belek, tersenyum aku puas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Max.Memang boleh diharap.

''Tuan..Betul ke tuan nak serah semua harta pada Vivi? Tersenyum aku mendengar soalannya.

"Yupp..Sebab aku tak perlukan semua tu.Aku hanya perlukan Vivi."Tersenyum Max mendengar kata-kata ku.Berdehem dia sebentar.

"Kalau tuan cakap tuan tak cinta tak tahu la saya tuan.."Aku tersenyum lagi.

"Jum balik..Aku dah lapar.."Ajakku.

"Tuan lapar ke rindu?Hehe."Tersengih Max mengenakan aku.

"Samala tu..."uhh..Terus aku bangkit berjalan keluar dari pejabat.

******************

Tersenyum wajah manis yang sedang menunggu kedatangan aku di sebelah meja makan.Tangannya dia depakan bila aku sudah hampir dengannya.Dia aku dakap dalam pelukanku,baru berapa jam dah rindu.Parah ni.Dahi Viviana aku kucup lama,terpejam wajah cantik itu menerimanya.

"Izzrie makan jom.."Pelawanya bila pelukan kami terlerai.Tanganku dia tarik ke kerusi.Aku hanya patuh dengan apa yang dia arahkan.

Terhidang lauk yang menyelerakan.

Selesai makan,aku dan Vivi duduk santai di bangku taman depan rumah.
"Nanti saya balik lambat sikit tau,ada meeting dengan orang Thailand..Baby tak perlu tunggu okay.."Aku terpaksa balik lambat nanti,klien aka sahabat aku dari Thailand nak berjumpa nanti.

"Laki ke perempuan?"Soalnya dengan muka serius.Tergelak aku melihat muka cemberutnya.

"Of course la lelaki..Kalau perempuan pun tak apala,bukan kita orang buat apa-apa pun kan.."Sengaja aku mengusik.

"Kalau berani cubala..Esok pagi-pagi lesap bangunan awak tu.FBI pun putus asa tolong awak cari..."Kali ini serius aku ketawa sampai keluar air mata,ada sifat humour jugak Viviana ni kan.

"Baby.. Don't worry okay.. I'm your's..Saya janji tak jumpa mana-mana perempuan pun okay..."Tangannya aku genggam.Lama sudah aku tak keluar dengan mana-mana perempuan,kali terakhir bersama Erica dulu.

Lega hatiku melihat senyuman dia."Okay..."Suka aku dia memeluk tubuhku.Belakang badanya aku gosok lembut.

         ==========================

    Dilanda kesunyian aku ditinggalkan Izzrie pergi kerja.Dahla dia balik lambat malam ni.Setelah aku penat berkeluh-kesah di atas katil,tanpa sedar aku terlena.

Ketika aku bangun keadaan bilik sudah gelap.Telepon bimbit aku cari untuk melihat jam.Setelah telepon aku jumpa,skrin aku nyalakan,terkejut aku melihat jam sudah pukul 11:40 petang.Lampu aku nyalakan. Izzrie tak balik lagi,mungkin masih bersama kliennya fikirku.Pesanan yang tertera di skrin aku buka,mungkin pesanan dari Izzrie.Berbunga hatiku melihat nama Izzrie salah satu dari pesanan yang aku terima.Ohhh pukul 9 tadi.

Izzrie:Hey sweety..Tidur dulu ye..Balik nanti sya kejut ♥️..

Tersenyum aku melihat hati yang dihujung mesejnya.Tak dapat dengar dari mulut dia,dari mesej pun bolehla.Pesanan yang tak bernama pula aku buka,laju jantungku berkerja bila terlihat pesanan yang disertakan dengan beberapa keping gambar intim Izz dan wanita tempoh hari.

Hatiku bagai disayat dengan pisau,lemah lututku,pandanganku kabur seketika.Automatik air mataku mengalir.Kenapa Izzrie?Tersenyum bangga wanita itu didalam pelukan Izzrie.

0111*******:Here bitch..Having fun with my lovely boyfriend.

Berkeping-keping gambar dia hantar padaku.Gambar Izzrie sedang memeluk dan mencium leher wanita itu,gambar dia dan Izzrie berkucupan,dan yang paling dasyat,dia dan Izzrie berhubungan intim!

Telepon di dalam genggaman aku ramas kuat.Aku kuatkan hati supaya aku tak baling telepon ke dinding.Boleh jadi bukti ni fikirku.

Dalam badanku gementar,aku gagahkan diriku mendail nombor Nina.

"Hello Nina..Ambik aku please..Aku kat rumah Izzrie."Terkejut Nina.Terasa bersalah aku mengganggu dia lewat malam begini.






Omg....Sengaja i menghilangkan diri,nak buat Vivi dan Izz gaduh hehe😈

Badboys Girl Where stories live. Discover now