01

436 62 7
                                    

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

yebin's

Heol, shit.

Language, young lady!

Aku memutarkan bebola mata, tidak ambil kisah langsung teguran pensyarah itu tadi. Peduli apa aku? Tempat ni bukan untuk aku! Entah macam mana agaknya pihak universiti uruskan dokumen pelajar, habis nama aku tertukar masuk ke jurusan muzik!

Jurusan yang aku mohon sepatutnya jurusan seni pastri, bukannya seni muzik. Ah, aku dapat rasakan hidup aku musnah sekelip mata. Awal-awal lagi aku sudah tersalah ambil course.

“ Yebin, awak tak boleh tukar jurusan. Kalau awak nak tukar, awak perlu bayar semula— ”

“ Bayar lagi? Tch, bukannya salah saya! Pihak universiti yang sepatutnya bertanggungjawab. Mereka yang cuai, bukan saya. ” Mata aku mencerlung tajam ke arah si pensyarah, geram tidak tentu fasal. Oh, kenapa aku pula yang perlu bayar semula? Duit aku sudah habis hanya untuk bayar semula kos pengajian aku dan sekarang, aku perlu keluarkan duit lagi?

Pensyarah itu menghela nafas panjang, pening melayan kerenah aku yang sejak tadi tidak mahu bertolak ansur dengannya. Matanya juga aku perasan sekali sekala menjeling ke arah jam di dinding pejabat. Aku tahu dia takut waktu kelasnya terbazir begitu sahaja semata-mata mahu berbincang dengan aku.

“ Baik. Macam ni lah, cik Yebin. Apa kata awak teruskan saja pengajian awak dalam jurusan muzik ni dulu untuk setahun. Lulus test akhir tahun ini, saya pastikan awak dapat masuk semula ke dalam jurusan yang awak nak. Tanpa perlu bayar apa-apa. Of course, semuanya akan ditanggung. ”

Aku terdiam, memikirkan baik dan buruk tawaran pensyarah wanita itu. Lulus test akhir? Bunyi macam senang tapi, ini jurusan muzik. Test apa yang aku kena buat nanti? Menyanyi? Main alat muzik? Mencipta lirik? Ah, tidak tahu. Kalau aku menolak, aku terpaksa cari duit untuk biaya kos pengajian sekali lagi.

“ Yebin, awak terima? ”

Lambat-lambat aku mengangguk, akur juga dengan tawaran tadi. Lulus saja, kan? Jadi, aku tak perlu bersusah payah dapatkan markah tinggi. Mudah saja kalau macam tu. Pensyarah wanita ini tersenyum simpul, puas hati dengan keputusan aku, “ Great. Now, you can go back to your seat, Yebin. Class will start in 5 minutes.

Aku menjelingnya, terus mencapai sling bag dan disangkut pada bahu. Dokumen dan buku-buku berkaitan dengan jurusan muzik itu dipegang erat ke dada, berjalan keluar dari situ. Sewaktu melangkah keluar, aku terserempak dengan seseorang yang ingin masuk ke dalam pejabat.

Dia senyum pada aku, tapi aku hanya membalas dengan jelingan.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

kevin moon as himself.
kang yebin as you.

published : 13th of July 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

published : 13th of July 2021.

healing. kevinWhere stories live. Discover now