03

202 51 0
                                    

yebin's

Menyebalkan sungguh. Permulaan tahun pengajian yang sepatutnya berjalan lancar kini hura-hara dibuatnya. Buku jurusan muzik yang berada di hadapan aku ini ditenung sehingga mahu tembus—

Kenapa aku kena ada dekat sini?!

Dalam keadaan aku merengus tidak puas hati, ada seseorang mencuit bahu aku dari belakang. Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di tempat duduk sebelah aku, “ Hey. Your name is Yebin, right? ”

Aku tidak membalas, hanya menayangkan kad yang tergantung pada leher. Dia mengangguk, tersenyum segaris, “ So, it's really you. So, I'm Kevin Moon. Pelajar tahun akhir. ” Aku tidak peduli pun siapa dia. Cuma aku pelik kenapa dalam ramai-ramai manusia dekat bilik kuliah ni, aku juga yang dia mahu tegur.

I heard that your name dah tersalah masuk dalam jurusan ni. I'm here to help you.

Pandangan aku yang tadinya melilau ke tempat lain, kini menoleh ke arahnya dengan satu persoalan dalam kepala. Help me? Help me with what? Mungkin dek kerana tengok muka aku yang mula berkerut itu, Kevin menyambung semula, “ You need to pass the test, right? Saya nak tolong. Saya dapat tahu awak sebelum ni pandai main piano— ”

How did you know? ” Mata aku membulat besar, merenungnya dari atas sampai bawah. Ah, bukan ke lelaki ni yang aku terserempak di dalam pejabat tadi? Mungkin dia ada dengar aku berperang mulut dengan profesor sampaikan maklumat macam tu pun dia boleh tahu.

Prof yang bagitahu. ”

But, now. There's no more. Semua not muzik saya dah tak ingat. Totally zero. ” Aku memintas dulu, sambil jari membentuk bulatan kecil. Zero! Tidak sempat pun Kevin nak menghabiskan ayat. Nampak macam biadab, tapi itulah kenyataannya. Aku betul-betul dah lama tinggalkan dunia muzik.

“ Sebab tulah saya nak tolong, okay? ”

Kevin tersengih, menunjukkan tanda okay pada aku. Atau, secara spesifiknya dia tiru aku.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

healing. kevinWhere stories live. Discover now