Bab 4 part 1

435 39 10
                                    

Kota Breinstein merupakan sebuah bandar kedua terbesar di Gargantua. Seperti Bandar Verlin, kota ini juga dijana oleh teras magiknya sendiri. Penduduknya juga bergantung sepenuhnya kepada teknologi magikatronik dalam menjalani kehidupan seharian mereka.  Mereka tidak pernah langsung melihat makhluk yang mampu menghasilkan magis. Ini menyebabkan kekecohan terjadi di tengah kota tersebut.

Kumpulan Merah, iaitu terdiri daripada Merah,  Bunga, Da Vinci, Chibi dan Bella dikerumuni oleh ribuan manusia yang menyaksikan keajaiban. Merah berbisik pada Da Vinci.

"Aku dah kata idea yang buruk jika kau menghasilkan magik teleportasi untuk ke tengah bandar ni tahu." bisik gadis bermafla merah itu. Mafla merah merupakan signature kepadanya.

"Aku fikir tidak ada siapa yang perasan. Aduh." balas Da Vinci, si genius yang mereka pelbagai alatan canggih. Malah dia pernah mencipta tangan magikatronik milik Lica juga.

Hup! Hup! Hup!!

Sepasukan tentera Gargantua berkawad membelah lautan manusia lalu mereka pula yang menggantikan tempat para rakyat yang mengepung makhluk-makhluk daripada Alamria itu. Salah seorang daripada tentera tersebut (seorang lelaki) yang memakai topi tinggi berwarna putih dan berlencanakan bintang 18 penjuru mula menapak ke arah mereka berlima.

"Ahli sihir!" dia mengacukan senapangnya.

"Woo woo jap, Boleh turunkan senjata tu tak, kami datang ke sini untuk berlindung." Merah menafikan.

"Berlindung dari apa pula dah. Ah, tangkap diorang. Sumbat dalam penjara!"

Merah dan rakan-rakannya yang lain mula membuka langkah. Mereka bersedia untuk berlawan. Para tentera semuanya bersiap siaga untuk menahan mereka. Chibi bertukar rupa menjadi langsuyar. Gigi taringnya mula memanjang keluar, kukunya menjadi tajam, mata nya merah cemerlang. Orang ramai semuanya menjadi gentar.

"BUnuh mereka! Mereka adalah jembalang!!" jerit orang ramai.

"Kak, bagi arahan supaya saya kokak diorang semua." ucap Bella

"Jap tak ada siapa yang akan kokak siapa-siapa hari ini. Hei, kami ni datang atas jaminan Admiral Altair dan Poseidon." Merah menjual nama. Mendengar nama itu disebut mereka semua menjadi ragu-ragu. Namun tidak ada siapa yang menurunkan senjata mereka.

"Apa buktinya." kata lelaki yang mengetuai tentera itu tadi.

"Aku buktinya." suara muncul daripada belakang para tentera. Mereka berpaling. Altair dan Poseidon memunculkan diri sambil tersengih. Para tentera mula tunduk hormat. "Tuan Altair."

Da Vinci juga turut sama memberi tunduk hormat. Merah tersenyum. "Bagaimana kau boleh ada disini pula Altair?"

Tentera semuanya terbuka luas mata mereka. Siapa perempuan ni begitu mesra dengan Admiral?

"Sementara korang semua sibuk di Verlin aku dan Poi singgah ke sini." balas Altair

"Kau sebenarnya kecut kann..Kau takut dengan apa yang jadi di Kota Verlin"

Tentera-tentera itu terbuntang lagi mata mereka seperti ikan. Dia boleh panggil Tuan Altair pengecut?

"Marilah, aku memang tunggu kehadiran korang. Aku dengar apa yang dah jadi di Verlin. Kita tak boleh biarkan kota ni juga turut hancur."

Alamria Magical World Book 2Where stories live. Discover now