1.Nerdy?

292 20 3
                                    

  "Awwwww Baby,  sakit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


  "Awwwww Baby,  sakit. " Adu Amelin apabila bahunya tidak sengaja dilanggar oleh seseorang.

  "Siapa baby kau Melin? " Jay Muzam masih ralit melihat layar telefonnya.  Entah apa yang menarik sampaikan Amelin yang cantik itu tidak dihiraukannya.

"You lah,  siapa lagi yang I sayang dekat kampus ni? " Katanya lagi.

  "Ha,  ye ye.  Selagi aku tak ye,  selagi tu kau memekak macam langsuir. Langsuir pun tak bising macam kau. " Malas melayan,  dia lebih tertarik dengan video klip yang baru diputarkan.

  "Eh perempuan,  kau nampak kami dekat sini dari tadi kan?  Kau main langgar je dah kenapa?  Kau rabun ke buta?  Aku rasa kau kena pakai kaca mata yang tebal sedepa lah! " Marah Amelin kepada gadis berkaca mata dan berambut oren itu.  Semakin naik emosinya apabila dirinya tidak dihiraukan oleh Jay Muzam.

  "M-maaf Amelin,  tapi kau yang berdiri di tengah jalan orang.  Kalau nak ngorat Jay pun agak-agaklah. " hampir tersembur tawa Jay Muzam mendengar apa yang dikatakan oleh gadis berkaca mata yang bernama Batrisya Ailina itu.

  "Eh,  kau berani melawan aku sekarang ni?  Kau sedar lah sikit yang kau tu nerd,  lurus bendul atau culun!  Pakai cermin mata tu cari yang tebal atau teropong terus.  Dah lah muka berminyak, berjerawat tambah pulak hitam.  Geli aku. "

  "Ailina,  kau nak masuk kelas kan?  Jom masuk sekali. " Tanpa segan silu Jay Muzam menarik beg yang berada di tangan Batrisya Ailina itu.

  "Eh,  I macam mana!? " Terkejut dengan tindakan Jay Muzam,  Amelin pun melenting lah.

  "Kau duduk situ sampai langsuir datang! " Kata Jay Muzam sambil menarik Batrisya Ailina menaiki tangga.  Dia tidak kisah jika dirinya dipandang serong oleh orang lain,  maklumlah dia memang tidak berkawan dengan orang yang berada di kampusnya.

  "Kau janganlah tarik aku macam ni. " Batrisya Ailina cuba menghalang kelakuan Jay Muzam.

  "Aku ajak kau masuk kelas je,  tu pun jadi masalah ke? "

  "Orang-orang tengoklah Jay."

  "Memanglah diorang tengok,  sebab diorang ada mata.  Kalau takbada mata baru aku hairan. " beberapa minit sahaja mereka sudah sampai di bilik belajar.

  "Hai Jay! " sapa seseorang,  mesra.

  "Kau nak apa ni?  Mesra semacam. " Sinis Jay Muzam.

  "Cakap kat abang kau,  aku tak masuk kerja hari ni.  Nak pergi party.  " Lelaki berdarah kacukan Cina itu mendekati Jay Muzam dan duduk di bersebelahan.

  "Cakap sendiri,  ada mulut kan? "

  "Jay,  aku baru je nak rehat ni.  Kau tahu tak penat sambung study?  Elok aku lepak dekat Singapura tu,  balik je kena sambung study. "

Couple Mafia![SU]Where stories live. Discover now